Tuesday 27 December 2011

2011 Hampir Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt...

Hai semua... Tiba-tiba tangan aku rasa gatal nak menaip panjang-panjang. Jadi, kat kawasan ni lah ruang untuk aku meluahkan dan bercerita apa-apa sahaja topik yang aku suka. Dan kali ini just nak buat review tentang apa yang aku lakukan untuk tahun 2011 ini.

Seperti yang anda semua sedia maklum, lagi beberapa hari sahaja lagi, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan jendela 2012 akan dibuka seluasnya. Tidak mahu berbincang mengenai soalan paling clishe kalau masuk tahun baru iaitu apa azam anda??ieeeee........ bosan dengan soalan 2. pasal aku memang tak ada azam untuk tahun baru. Azam aku hanya menjelma bila current Azam sudah tertunai...hahaha. So kadang-kadang dalam setahun boleh ada dalam 4 n 5 azam baru..hahaha

Tahun 2011 terdapat pelbagai nostalgia suka dan duka yang boleh aku coretkan. DAn disebabkan aku tak berapa nak pandai nak becerita, jadi aku just nyatakan beberapa aktviti aku sepanjang tahun ini.

1. Pada tahun ini aku melangkahi ke tahun akhir bagi pengajian aku di UPM. so apa ada dengan tahun akhir? korang boleh rujuk pada n3 aku yang dahulu.

2. LI dan lebih dikenali sebagai Latihan Industri. AKu menjalaninya di Cyberjaya dan disana aku mula menanamkan minat aku dalam major microelectronik walaupun sebenarnya aku pun masih samar-samar dengan bidang yang aku pilih ni.

3. Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan aku terpaksa duduk dalam wad selama 14 hari..urhhhhhhhhh... pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. 1st time accident teruds yang jenis rare punya.

4. Melepaskan jawatan sebagai chairperson sebuah organisasi pelajar kat upm ni. urhhhh..sedikit ringan lepas AGM.

5. dan aku........ tak tahu nak tulis apa....


Banyak lagi wei sebenarnya, tapi apakan daya, masa menceburui aku...hahaha. Nanti2 lah kalau aku rajin aku update. sekarang aku memang tak rajin pon nak update blog.

ok..wassalam....


p/s: tinggalkan comment korang kalau berani.
FYP...Final Year Pweetttt....
UPM: Universiti Putra Malaysia [Ejaan sama dalam Bahasa atau Enggeris, jgn nak mengade nak mengeja sebagai "University" }

Sunday 25 September 2011

Part 1: Bencana Melanda

Terhumban di dada Highway bukanlah sesuatu yang aku gambarkan sebelum ini. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada tanggal 10 Julai 2011. “rileks2, kejap lg ambulan sampai…selawat banyak2” Suara siapa, aku pun tak tahu. Waktu seperti ini memang aku tak fikir untuk ambil tahu orang lain. Dalam kesibukan dan keriuhan di tempat kejadian, aku meraba-raba didalam poket seluar jeans aku yg agak lusuh keadaannya. “ok, wallet ade, kene kuarkan dulu ni, mesti kejap lagi diorang mintak, fikiran rasional aku ini membuatkan aku membuat keputusan… ALamak, mana pulak handphone aku ni?? tak ada pulak dalam poket seluar aku, sambil mata aku meliar melihat sini-sana.. Binggo!!!aku da nampak.. Kat situ handphone aku.. Tiada siapa yang berani mengambilnya umpama melakukan sesuatu yang boleh menempah maut. Handphone aku tebaring dan renyuk setelah digelek oleh pelbagai kenderaan di line ke-3 highway sehinggalah seorang brader polis pergi mengambilnya ditengah jalan.

Dalam fikiranku, rasanya memang sudah tak boleh digunakan lagi. “berapa no telefon akak kau??” grrr!!!!fikiran aku serabut, tetiba segala nombor-nombor dan abjad sudah tidak dapat aku fikirkan bezanya. “Ko ambil simcard handphone aku, ko call akak aku”, jawab aku yang masih dalam sedikit terkilan dengan tragedi yang berlaku…

“arhhh, comfirm patah ni!!camne ni????”, sudah pelbagai benda terlintas dalam kepala aku selepas melihat kaki aku yang berada dalam keadaan terkulai..”Internship aku, turn aku DBS esok (Daily Briefing session)” dan pelbagai lagi benda-benda yang aku fikirkan. “Hurm…nasib baik sem naik lambat lagi”, kata hatiku yang sudah menyangka akan mendapat cuti yang panjang selepas ini.

Keadaan motorsikal aku yang pecah dibahagian kiri setelah merempuh sebuah beban yang tak mahu aku nyatakan disini tidak lagi aku fikirkan. Alhamdulillah, setelah menunggu dalam keadaan panas terik sambil tebaring di tepi highway, ambulan pon sampai juga akhirnya. Suasana orang ramai disitu, tak mahu aku fikirkan, yang aku mahukan diorang angkat aku secepat mungkin dah blah dari tempat petaka ni…

…..

to be continued….

Thursday 22 September 2011

Final Year Student! Apa yang anda rasakan?

Berada di tahun akhir pembelajaran di Universiti bukanlah satu kelegaan bagi semua orang, tapi kadang-kadang ia akan menjadi satu ketakutan bila ini berlaku:

1) urhhh.. FYP nak buat tajuk ape nie??grrrr..buntunye…(FYP=Final Year Project)

2) CGPA suam-suam kuku je, dah gred nanti bleh dapat keje ke? sempat ke lagi nk baiki CGPA aku?

3) arhhhhh…awek xde lg, member2 len sume dah rancang kawen bila abes study. jdi andartu r aku (tuk gegirl jer)hehehe

Banyak lagi aku rasakan pekara-pekara yang boleh membawa kegusaran. Memang tak dinafikan aku juga turut mengalami penyakit seperti di atas, tapi bukan yg ke-3 la. “boleh ke aku buat?”, Soalan yang sentiasa menyerabutkan kepala aku, dan setiap kali ianya muncul, aku akan cuba menghalangnya menyusup sehingga ke pundak akal dan fikiran aku. Dengan tepisan yang mudah aku katakan “belum cuba, belum tahu, kalau fail tukar je tajuk….”

Jalan yang cukup mudah aku ambil, tapi ia sudah cukup untuk mengembalikan keyakinan dalam diri, tapi setiap orang mempunyai tahap keyakinan yang berbeza dan mungkin tidak bersesuaian dengan cara dan pendekatan yang aku ambil. ”arhhh ape yg aku merepek ni?xpaham2X!!!!!”.

Right now, bermulalah cerita aku sebagai pelajar tahun akhir yang akan melaksanakan sebuah tugasan yang merangkumkan pembelajaran aku selama 3 tahun berada di sini.

image

Zaman ICT sekarang memudahkan semua mendapatkan sedikit maklumat dan panduan untuk melaksanakan projek masing-masing. Dan aku juga menggunakannya seoptimam yang boleh untuk mendapatkan maklumat, sebagai contoh website seperti gambar di atas.

Sekian…

Friday 8 July 2011

Hikayat Sudah Berupdate!!!

Assalamualaikum wbt...


Setelah sekian lamanya aku menyepi, harini aku kembali... Yeahhhh, hikayat sudah tercoret akhirnya setalah dibiarkan berminggu2 tanpa tacapan dan gubahan... Macam biasalah alasan aku bz, tiada masa nak update blog pasal kerja, internet tiada dirumah dan bla bla bla...alasan semua tu..(apa pun tak boleh!!!!).


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, akhirnya aku sudah berada pada minggu yang kesembilan bekerja ataupun internship di ICMIC microsystem Cyberjaya. Oklah, setakat aku internship di ICMIC tiada dugaan berat yang aku jalani, tapi macam biasalah kadangkala kerja melambak yang amat, adakalanya ada minggu yang rileks serileks2 nya.


So semua tu rasanya tiada masalah untuk aku dan member2 yang lain. Oklah nak cerita pasal member2 baru yang aku kenal kat icmic xpayah nak cakaplah ramainya..beratus orang member baru yang aku kenal....ok tipu jer!!!adalah beberapa orang yg sudi jadikan aku ni member.. hahaha..ayat merintih pasal ni??? Antara member2 baru ada daripada UiTM, Utem,UKM, UIA..eh..UIA???ade ke??hurm...ade, tpi xmember...hahaha....


Supervisor pula tak payah cakaplah ramainya, mesti korang ramai yang pelik apasal aku ada ramai supervisor kat tempat intern. Disebabkan kerja2 yang kami lakukan disini dipecahkan kepada beberapa module, jadi supervisornya juga berlainanlah untuk setiap module yang kami lakukan. Semua supervisor baik-baik belaka.. Aku pun tiada masalah dengan semua supervisor aku tu setakat ni dan markah2 yang aku dapat untuk setiap module yang aku laksanakan pon boleh tahan Oknye..


Setakat ini jelah untuk coretan hikayat kali ini, dan aku letakkan bersama gambar dibawah iaitu gambar group member aku iaitu group Potassium bersama supervisor iaitu En Aiman. Belakang dari kiri: Goh, Izzul Afif, Nicholas, Amin, Amani, Hafiza, Syurga, Iza dan Nawza. Duduk dari kiri: Erfendi (ketua kumpulan) dan En Aiman.


Oklah...chow dulu untuk entry kali ...Tunggu aku akan update untuk citer2 yang menarik akan datang..hahaha..


Salam WBT..


p/s: suasana ditempat kerja sekrang agak hiruk pasal kebanyakkan student uitm habiskan Intern diorang di ICMIC hari ini. Oklah...aku pown nk begambar same bohhhh....tungguzzzzz....





Tuesday 17 May 2011

.::Mimpi Patah Gigi, Wallahualam::.

Assalamualaikum…

Mengikut apa yang biasa orang katakan, mimpi ialah mainan tidor manusia, dan adakalanya dengan mimpi boleh datang petunjuk kepada sesuatu perkara yang akan berlaku. tapi ia bergantung dengan kepercayaan masing2 lah yer. Sebagai seorang islam, tak bolehlah kita terlalu taksub dengan mimpi-mimpi yang kita terima pasal kadang2 ia boleh dikatakan sebagai gangguan syaitan. Oklah, aku pon bukanlah tau sangat bab2 yang menyentuh pasal mimpi dari perspektif islam. Korang bolehlah try tanya-tanya orang yang lebih arif mengenai isu ini.

Yang ingin aku berkongsi dengan korang ialah mengenai mimpi aku pada khamis malam jumaat lepas. Aku bermimpi yang gigi ku patah. Huh. mesti ada antara korang yang pernah dengar mengenai maksud jika seseorang itu bermimpikan giginya patah. Yer, yang aku tahu dan pernah dengar, jika seseorang itu bermimpikan giginya patah dikatakan akan kehilangan saudara yang terdekat. owh. memang aku pun penah terdengar pasal mimpi ini. Yup, terus aku teringatkan my Sister yang sedang berada di Hospital, bukan aku bersangka yang tak baik, tapi just nak tahu kepastian je sama ada da keluar owh belum dari wad pasal dia kena tahan wad since last weeknya lagi.

Ok, gud news yang aku baru tahu plak, dia da bersalin anak lelaki masa hari rabu lagi….warh!!!!geram nye aku, sekali lagi aku lambat tahu pasal kelahiran ni, dah lah kak long aku besalin ari 2 pon aku tau lambat. Semua ingat masing2 da bagi tau. Oklah fine… Aku tak kisah sngat pon, saja je buat2 emo… hurm, baby yang baru lahir ni beratnya hanya around 900g je. memang ringan pasal tak cukup bulan. Dikatakan baru berusia 6bulan 2 minggu dikandungan... So memang baby ni diletakkan didalam peti baby lah…Tak tahu plak apa nama betulnya peti tu.

Memandangkan my Kak Long akan datang melawat my angah kat PJ, so aku memang ada barang ingin diberikan memandangkan dia ingin datang melawat ahad ni. dan hari ahad tu pon aku memang sudah merancang untuk pergi ke kenduri bersama member yang duduk kat Pj untuk ke kenduri kawin di Subang. sebelum ke rumah member di PJ tu, aku singgah dahulu di rumah mak mertua Angah aku selepas my Adik mesej balik kata diorang dah sampai kat situ. Oklah, aku pon bersiap-siap dan bertolak terus ke sana untuk menghantar barang terlebih dahulu sebelum pergi rumah member tu.

Sampai sahaja disana aku tengok suasana di rumah mak mertua angah aku agak pelik. Macam mana aku nak cakap erk??hurm..korang fahami jelah citer aku ni. Ok. Sampai2 dimuka pintu (sambil bawak barang ditangan), yang aku dapat lihat diruang tamu rumah tu, sekujur badan yang kecil terbaring dimana my abang ipar yang aku cakap sebelum ni datang melawat sedang membaca yassin beramai-ramai bersama-sama family husband angah yang lain. Owh… Dalam keadaan aku yang tidak bersedia dan macam ter mangu2, aku masuk dan bersalaman dengan akak2 aku jer. Hurm, memang betullah andaiaan aku bahawa anak angah aku yang baru dilahirkan 4 hari lalu sudah meninggal dunia kerana darah dijangkiti kuman n macam2 lagi lah..

Rasanya apa perasaan korang erk kalau berada ditempat aku? Hurm, dengan keadaan aku yang nak ke kenduri kawin ni, just ingatkan nak hantar barang sekejap sebelum begerak bersama member ke kenduri kawin. Tetapi tidak aku sangkakan aku telebih dahulu menghadiri pengebumian anak angah akupada tengah hari itu juga. Selepas setengah jam aku sampai di rumah angah aku, jenazah dibawa ketanah perkuburan untuk dikebumikan..

Dengan Aiman sekali aku ajak ketanah perkuburan tu.. Dalam pukul 1.30 ptg kot kalau aku tak silap selesai pengebumian jenazah… Hurm, memang rasa macam sepantas kilat je smua yang berlaku ni. Berkaitan dengan mimpi aku patah gigi  pula, aku pun tak pasti samaada ianya satu alamat ataupon secara kebetulan jer. Wallahualam….hanya Tuhan sahaja yang tahu maksud disebaliknya…semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.

Memandangkan hari masih awal dan aku memang bawa member sekali membonceng ikut sama ke PJ, so niat ke kenduri di Subang diteruskan selepas memberitahu mysister… (memang masa 2 perut lapar giler wei…)haish…rasa2 korang kejam ke aku ni??? xkot… ke subang kita orang menaiki kereta  pasal member sorang ni ada yang bawa kereta. Selepas makan kenduri aku pulang semyula ke rumah angah aku n majlis bacaan yassin n tahlil sedang berlangsung… Pada ptg nya aku bertolak pulang ke UPM…

Oklah.. Setakat ni sahaja entry untuk kali ini…

Salam wbt…

p/s: nama arwah baby tersebut Nur Iskandar Yusof bin Mohd Fadzli…

.::Internship::.

Assalamualaikum…

Ok lah, Aku tak mahu cakapdah berapa lama aku tak update entry kat hikayat ni. Sorry lah brader n sister sekelian pasal memang sekarang ketandusan idea nak mengupdate lagi-lagi sekarang aku sedang menjalani internship. So faham-fahamlah yer tahap kerajinan aku ni. Hahaha.

9 May 2011 merupakan hari pertama aku memulakan internship dekat ICMIC Cyberjaya dan mengikut offer letter yang aku terima aku akan bertugas sebgai Ic design. Oklah, straight to the point, bkan purely aku buat kerja mendesign ni, tapi ia lebih kepada training untuk aku ke arah menjadi seorang IC Designer. Hurm, mungkin sebahagian dari korang tak tahu apa yang aku katakan..IC??hah??xkan kau yg kena buat semua IC rakyat malaysia ni???hehehe.. Bkan IC yang 2 lah…IC yang aku katakan ni ialah integrated circuit atau korang bolehlah google sendiri erk…pasal payah aku nak terangkan kalau korang bukan base of engineering or electronic..

12052011436

Minggu pertama bagi aku oklah. Aku dapat assignment, hah???assignment??yer…assignment, korang ingat study je ke ada assignment? Intern pon ada gak assignment yang korang kena buat, tapi itu semua korang akan rasainya dekat ICMIC jelah. hahaha. Kira first week semua berjalan dengan lancarnyalah… Dapat ramai kawan baru…eh..mcam masuk sekolah plak erk..hehehe…yer, kawan2 baru semua best2. mcam2 perangai ada, tapi nasib baiklah yang sebilik dengan aku semua ok2 belaka (sambil tangan ke dada…)gurau je wei…

Oklah..aku xtau nak cerita apa lgi….semuanya ok jer kot..

Salam…

Thursday 28 April 2011

Konsert Percuma Untuk Semua Peminat SUJU

Salam...

Entry kali ini just nak heboh2 kan mngenai kumpulan yg agak famous dan ofcoz kegilaan ramai anak2 muda terutamanya perempuan lah..sapa lagi kalau bukan SUJU..atau dikenali sebgai Super Junior... Rasanya baru sahaja kumpulan ni datang buat konsert di Bukit Jalil beberapa bulan yang lalu. Tapi bezanya sekarang kita boleh tengok konsert diorang PERCUMA sahaja wei. Tak perlu nak beli tiket yan g beharga RM200 ke RM300. Betul!!!korang xpercaya ke? boleh baca maklumat yang leih lanjut di bawah.

Sebelum tu, kepada yang tak familiar dengan fenomena SUJU bolehlah tengok video lagu semasa konsert dorang di jepun tahun lepas.



Super Junior M Adakan Konsert Percuma Sempena Himpunan Sejuta Belia 28 Mei Ini

PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen World Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini Rabu.

Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami.

"Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara.

"Tadarus al-Quran berkonsepkan 1Ayat 1Quran 1Belia juga akan diadakan di mana ia melibatkan 6,326 peserta dan setiap peserta akan membaca satu potongan ayat al-Quran secara serentak. Jadi dalam masa tujuh minit seluruh ayat daripada al-Quran itu dapat digemakan," katanya.

Ahmad Shabery berkata bagi Segmen World Youth Fantasy pula, sebanyak 14 acara akan dijalankan termasuk pameran komputer dan elektronik, pameran kereta klasik dan vintaj, pameran hartanah dan perhiasan, pertandingan foto dan video, snuker 72 jam, pertunjukan tiga dimensi di bangunan pada waktu malam dan fiesta belia berbasikal.

Beliau berkata Segmen Clash of the Band pula merupakan kesinambungan daripada program yang dianjurkan sebelum ini, yang mana kumpulan muzik dari seluruh negara dijemput menyertainya dan pertandingan akhir akan diadakan pada 29 Mei.

Program yang diatur untuk sambutan tersebut bukan untuk berhibur semata-mata, sebaliknya mampu membuka minda, meningkatkan kreativiti, dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam usaha pembangunan modal insan pada kalangan belia, katanya.



-- BERNAMA

Sunday 10 April 2011

.::Kesan Daripada Perubahan URL::.

Asalamualaikum..

Hallo semua.Entry kali ini aku nak cerita kesan kepada perubahan yang aku buat dan aku telah mantion di entry sebelum ini kalau korang perasan. Tapi kalu tak perasan boleh tekan link <ini>. Yup, aku ubah url blog aku.. Dan kesannya korang tengoklah bila aku search dngan EN Google… boleh refer gambar dibawah…

HikayatNawzaSemua yang keluar memang link blog aku, tpi semua yg keluar 2 tak boleh masuk pasal aku dah tukar url…walawei..ruginyer rasenyer…camane aku nak buat yer?? aku dah lah tak reti sngat pasal benda2 camni. Nampaknya lepas ni mesti orang datang ke blog aku by searching keyword menjadi sifar….hah sifar???? warhhhhhhhhhhhh…tekanan ni.. ada apa2 cadangan x?


image

Dan bila aku search url baru aku di google, hurm..korang tngoklah..hanya 1 je yg keluar, yg 2 lagi xboleh masuk...hurm..sedihnyer…tpi xpe lah..mungkin sebab aku baru tukar url baru kot..lg pown rasanya url baru ni ok sikit kot dari yg dulu.. just aku kenalah bersabar sedikit.


Ok lah.. Kalau2 korang ada apa2 cara camane aku nk overcome masalah ni, bolehlah tinggalkan comment dibawah yer. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku ni..hahaha.ok..

Salam wbt…

Friday 8 April 2011

.::Perubahan Sikit::.

Assalamualaikum…

Warh..semakin melampau aku ni, jarang bebenor update n3 kat sini. Sorry la der, aku bz memanjang lah…Hah..kite terus rujuk pada tajuk n3 aku kali ni yer (kate bz tdi kan…), korang rasa ape yang perubahan yg aku buat kat blog nie??hahaha..ok..aku xmau citer, tpi korg boleh dapat klu dri link nie (BluesClues).

Agak sentap juga lah bila aku baca blog brader 2, hahaha…rasa memang betul2 kene kat batang idung sendiri..hahaa..Xtually memang aku nk buat perubahan 2 da lame da, tpi xterbuat. memanjang ade sikit masa terluang nie, aku buat lah perubhan 2…hahahaha..

Oklah, stop sampai sini…Mcam biasa aku nk share gambar2 terbaru yang aku ada…so, layan~~~~.

01042011158

@lab IC design..sambil2 buat project layan Gemilang..hahaha


01042011159

camane lah project nak siap…


18032011102

@control lab…HELI experiment…


27032011110

@pantai buatan..untuk kanak2 jer yer…


27032011112

Model terhangat tahun 2011…


27032011115

nah, hambik…sampai camtu sekali meniarap….men snap je pic ni…


27032011117

lagi sorang..Mesia dan mcam oberC dah kot..macam2 jenis perangai orang ada.


28032011139

@1 of my favorite class..favorite at last 2 month, but now….hurm!!!!!


28032011141

Hah!!!!Tido!


30032011145

Talk At MIMOS….IEEE


30032011148

@MIMOS penuh hall…


30032011152

@Talk terbaek yg aku dtg kat Eng Faculty…memang sempoi ir ni.


Ok..setakat ini N3 kali ni..Bye2..

Salam wbt…

p/s: korang dah tau ke jwapan kepada perubahan yang aku buat 2??

Saturday 2 April 2011

.::The World's Largest Technical Professional Association (IEEE)::.

Assalamualaikum wbt…

Ok lah, terus kepada tujuan n3 kali ini ye mengenai pendaftaran ahli IEEE. Kelab ini merupak sebuah kelab yang mempunyai HQ nya di NY. Mempunyai beratus ribu ahli di serata dunia dan majority dari ahlinya datangnya daripada Asia Pasific dan malaysia juga tergolong dalam kawasan ataupon lebih dikenali sebagai Region 10.

Di Malaysia terdapat dalam 15 University membunyai kelab IEEESb ataupon dikenali sebgai student branch IEEE dan ia merupakan permulaan bagi para pelajar terutamanya mereka yang mempelajari dalam bidang electric dan electronic, computer & comunication dan segala yang melibatkan teknologi electrical n electronic amnya boleh menyertai kelab ini.

Bagi yuran pendaftaran sebnyak USD27/year, tetapi sekrang sudah melepasi bulan march diskaun diberikan untuk keahlian dari April-Dicember 2011 sebnyak 50% dan ini bermakna sekarang waktu yang agak tepat untuk anda semua (yang terlibat) untuk mendaftarkan diri anda menyertai kelab ini. Yuran pendaftarannya hanyalah $13.50 sahaja sekarang.

Pelbagai xtvt yang dianjurkan oleh kelab IEEE di MAlaysia ini. Berpuluh conference dianjurkan dan antaranya merupakan SCOReD (Student Conference Research & Development) merupakan pentas untuk para pelajar membentangkan kajian masing2 dan ia dihadiri oleh para pelajar dari luar dan dalam negara.

image

    image

    IEEE delivers access to the industry's most essential technical information, networking opportunities, career development tools, and many other exclusive benefits to its members.

    View all membership benefits

    laptop next to a 
stack of publications

    Trusted voice

    IEEE is a trusted name in print and online resources for various technology areas.

    Vinton G. Cerf, Ph.D., IEEE Fellow talking to IEEE members

    Global community

    Leverage the network and buying power of over 375,000 members in 160 countries.

    Man standing in front of a group of diverse 
people

    Profession

    Build your career with IEEE career services, databases, and resources.

    IEEE membership benefits include:

  • IEEE Spectrum magazine subscription

  • myIEEE member portal access

  • IEEE Xplore Digital Library discounts

  • IEEE Mentoring Connection

 

Sources :ieee.org

Korang boleh bukak je laman web dia kalau nak tau kelebihan join kelab ni xpon kalau korang student yang agak2 bekenaan dengan IEEE ni bolehlah bertanyakan lecturer korang masing2 mengenai kelab ini. confirm diorang semua tahu..

Salam wbt.

p/s: antara aktiviti yang aku sertai selama menyertai ieee- secretariat for SCOReD 09, Volunteer IEEE APCCAS 2010, Penganjur bersama IEEE MSC 2010, bowling tournament anjuran IEEE PES Malaysia, Bowling tournament anjuran IEEE GOLD MAlaysia, Seminar2 yang diadakan, Dan beberapa kerja sama antara kelab IEEESB UPM dan IEEE Chapter di MAlaysia seperti IEEE GOLD dan IEEE CAS.

Wednesday 30 March 2011

.:: Tiada Yang Sudi Melawat Blog Aku::.

Assalamualaikum wbt…

Nah ko….sebabkan x active berblog 2 3 minggu nie, xde sorang pon yg sudi melawat ke rumah blog usang,yg da beranai-anai ni…haish..ape lah malas punya pemilik blog nieh…

image

sebagai bukti tngok la bilangan  viewer   HN nie..korang hado macam ni??hahaaha


Aku penah baca n3 dari otai bloger (hurm…otai gak la kot), yg dia kata jgn buat blog kerana suka2 n bla3X (sorrry tak ingat apa lagi yang dia cakap). So, bila aku fikir balik dan merasakan aku buat blog ni kerana minat yang tidak mendalam dan cerita aku lebih kepada isu2 dan pengalaman yang aku lalui.

Secara jujurnya aku tak pandai untuk mengarang cerita, menyertai contest2 yang dianjurkan oleh bnyak bloger dan bergosip mengenai dunia hiburan atau pon politik negara. Kalau korang xpercaya boleh refer kat semua n3 aku sebelum2 ni dari start aku berbloging…

Pada mulanya aku hanya copy paste information mengenai teknologi terbaru dari IEEE untuk n3 aku yang pertama (aku letak link dri mana aku amek ye, credit 4 sources). Selepas itu aku cuba untuk lebih serius dengan mengarang sendiri n3  aku.. n aku pernah membuat n3 mengenai politik kalau korang perasan dulu, tak silap aku masa 2 isu arak seorg pemimpin politik… Sory aku katakan n3 2 memang suck….aku xenjoy rasanya buat n3 pasal politik ni… N akhirnya aku berubah arah membuat n3 berdasarkan kehidupan aku sebagai lelaki bujang, pelajar dan salah seorg dari ahli keluarga Abdul Adziz. dan aku lebih selesa konsep terbaru aku ini..

Sekarang ni memang kekangan masa membuatkan aku membiarkan sahaja blog aku tanpa berupdate, tapi aku selalu jer blogwalking kat blog2 lain, ni bukan nak bodek bloger2 sekelian la. Ni pengakuan iklas dari aku. setiap hari aku bukak blog D*na& H*T* sebab si brader @r*f Sh@# selalu tweet bnde 2, blog brader b3n dengan segmen santai die wlaupon aku sekali pon xpernah join pasal macam aku cakap aku memang xreti nak bercerita, kalau aku bercerita pon korang mesti meluat punya r. selain 2 blog2 student2 oberC antaranya ada sorg girl yg study at Rusia kerana aku suka tengok kehidupan student2 malaysia belajar di luar negara pasal aku belum berkesempatan study disana, dapat tengok gambar2 dorang cukuplah n banyak lagi lah blog2 yang aku selalu baca n singgah( silent reader je, kalau rajin aku akan tinggalkan jejak, tpi jarang sekali pasal memang hoby aku jadi silenty reader ni, biarlah orang yang masuk blog aku ni berdasarkan keyword atau pown diorang follower aku n perasan n3 terbaru aku. Takkan lah aku nak suruh orang jejak ke blog aku, tapi aku still dengan n3 yang dah berusia 2 3 minggu.

Ok lah, n3 aku untuk kali ini… Kapada yang gigih membaca karangan gred C sekolah rendah ni sampai habis aku ucaapkan Terima kasih bebanyak kepada korang semua kerana sudi membacanyer..

Salam wbt.

P/s; D*na& H*T*, @r*f Sh@#  n len2 sume ku x mantion blog sape, tpi korng mesti taukan?aku saje xtulis name sebenar dorg pasal t macam bodek pulak ken…

gud luck kepada semua student2 upm yg sekrang ni bz memanjang buat mini project, assigment n preparation tuk final exam yg da semakin hampir..

 

Monday 21 March 2011

.::Sehari Di Melaka::.

Assalamualaikum…

Hai kalian semua…sihat?ok lah, strait to the point aku nk share gambar2 yg aku selongkar dri dalam lappy aku ni jer.. Gambar2 tersebut merupakan gambar2 aku dan kawan-kawan berjalan-jalan di melaka. Antara tempat yang kami lawati ZOO Melaka dan Bandar Hilir. Aku pon tak sure sama ada aku da update pasal story ni atau pon tidak.hehehe. Rasanya belum lagi.

Apa yer yang menarik di Melaka??? Hurm???banyak kot.. Melaka ada Eye Of Malaysia (tempat len xde kat malaysia nie), Eye of Melaka, Menara Taming Sari (xpenah kesampaian nak nek), beca (pernah naik sekali), Kg Portugis, KG Morten (memang famous), Bukit A-Famosa n macam2 lagi lah. Lagi 1, Melaka juga telah diiktiraf oleh dunia sebagai Tapak Warisan Dunia diatas sejarah2 agung tanah melayu yang terlukis sejak zaman dahulu lagi. MayB kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke Melaka, boleh lah bercuti disana bersama family ke, kawan2 ke atau dengan sesapa yang korang nak lah..dengan drebar teksi yang bawak korang kesana pon ok gak dripada korang g sesorang kan..hahaha

So, kalau korang nak mengetahui tempat2 menarik dan wajib dilawati if korang ke negeri Hang Tuah, bolehlah tanye En Google jer, pasal korang boleh dapat segala jawapan disana. Korang tengok jelah gambar2 aku n kawan2 semasa ke sana. Kitorang g ZOO Melaka jumpe sedara mara Darwin n macam2 lagilah..hahaha.

P1000161


hikayat nawza


P1000168

keluang-animal berehat (besar giler bapak!!!)


P1000176 
Pak seladang yg x active langsung…pemalas btoi…
P1000183
Mr & Mrs Giraffe…berdating sakan wlaupon line x clear….
P1000199
Tiger Star yg tak senang duduk….
P1000202

P1000209
P1000213

muke badjet je sume…padahal kepanasan dok bawah terik mentari…
P1000215

Duta Malayan Tiger…


P1000222

macam patung plak burung nieh!!!


P1000237

Gajah yg tetibe menggiler..selambe jer angkat batu besor pastu campak kat org..seb bek ade gap antara kandang die ngan org ramai..


P1000241

Albino….


P1000245


P1000251


P1000260

Penat berjalan, rehat sebentar besama ribena…class kau!!!


P1000276


P1000284

Kakak tue di belakang…memekak xrenti2..


P1000303


P1000311


P1000324 


Perhhh!!!! Bepuloh Gambar aku upload…hahaha..Jenuh korang nak tngok semuakan??hahaha. Ala…tengok je pon, bukan suruh korang kira berapa gambar yang ada..hahaha

Salam wbt…

p/s: I’Allah study week ni aku n member2 U aku akan ke Melaka untuk berjalan-jalan kesana…yawww!!!!

Friday 18 March 2011

.::MURoC2011||Juara 5 Kategori::.

Assalamualaikum wbt…

Kali ni just nk update story lame…hurm, xdelah lama sngat, citer pasal 2 3 minggu yang lepas…citer ape yer? hahaha…xkan lah xtau???hah??x tau??hurmm……korang ni x bace tajuk dulu ke b4 bace n3 aku nie??sudah terang lg besuluh tajuk 2, xkan x tau lagi???aku luku sorang2 bru tau!!!(uit, pehal tetibe emo nie??hehehe..melawak jer..jgn amek ati yer sesape yg mudah terase 2.)

Yup, aku nk kongsi gambar pasal MURoC 2011 atau lebih dikenali sebgai Malaysian University Robot Competition 2011. kalau korang xtau ape 2, korang bleh tnye En Google je lah yer..hahaha..ok cukup setakat 2 tuk intro…(eh??bru intro ke??ngat da masuk last paragraph)

Kalau korg ni pembace setia hikayat ni( macam hadoo), mesti korg perasan n3 yg hampir same aku buat dulu, hehehe..yup..hampir same tpi waktu yg berbeza wlaupon pertandingan ygsame. tahun 2011 merupakan kali ke-2 MURoC diadakan setelah ia bermula tahun lepas. boleh rujuk n3 lame aku klik> (Tengok Tau)

Yup, kali ni aku n de geng utk kali keduanye ke utara(UNIMAP) mewakili UPM bg ptndingan tersebut..dan hasilnye…korang tngoklah gambar2 di bawah yer…huhuhu(malas nk type bebnyak)

1st day: Muroc 2011

image

Ok…bus tahun ni agak old skool sikit…but, aku still berbangge menjadi warga UPM…

image

suasana dalam bus…otw bertolak ke UNIMAP..

image

rumah kitorang duduk selama di sana.

image

hari test run robot…hurm, konon2nye buat maintanen la..huhu

image

image

mcam biasa, ade briefing masa hari test run….

image

booth UITM, bkan men dorang menghias..betul2 nk menang booth tercantik..(tetibe tepikir, ni petandingan robotik ke atau pown ptndingan decoration)

image

Macam biasa, booth UPM sempoi jer..ala kadar..yg pnting menang tuk best presentation..xperlu nk hias lawo2 sngat..hahaha

image

sesi ukur robot…hahaha..agak kalang kabut pasal robot spare over size, lepas adjust2 sikit bru lepas..hahaha

image

semasa test run…semua berjalan lancar utk team UPM A rope climbing…

image

team paintball robot UPM…semasa hari test run..

2rd Day: MURoC 2011

imageimage

Team fire fighting UPM (merah)

imageimageimage

Final Day: MURoC 2011

Alhamdulillah…team rope climbing n fire fighting UPM dapat masuk ke final…

Final:

Fire Fighting Robot>> (UPM Vs UITM FKE)

Rope Climbing Robot>>(UPM A vs UPM B) *due2 team upm ke final.suke gileraku dok team A…

image

huh…sentuhan saat2 akhir b4 ke final….dah mcam friendly lawan team sendiri..heheheh

image

Final..UPM A vs UPM B…agak2 sape menang??( UPM A biru)

image

waktu setting robot tuk team aku..

image

team B semase setting robot(ni bkan pic final)…

image

wah….lamenye seting???arh..lame pebendenye??1 minute je mase die bg…

image

nie lah robot A n B…nak tau sape menang???hahaha…tngok bawah la…

<JENG>

<JENG>

<JENG>

<JENG>

image

UPM B rope climbing memenangi tempat ke-2….*dah bleh agak team mane menang??hehehe(poyo giler aku nie)

image

yup..team aku menang…UPM A..dengan catatan masa 4.32 second. (record 3.8 s masa saringan)

image

Yeah…team UPM juara tuk fire fighting robot…

image

bergambar kenang2 an semua krew upm dan hadia2 yg dimenangi…

image

hadiahnyer….

image

lepas settle majlis penyampaian hadiah….

ok..dan Rumusannyer…

Keputusan pertandingan Malaysia University Robot Competitions (MURoC) 2011 yang berlangsung pada 25 - 27 Feb 2011 lepas bagi team UPM…
Hadiah Tempat Pertama
(1)Robot Climbing (UPM A) ||RM1500
(2)Fire Fighting|| RM1500
Hadiah Tempat Kedua
(1)Robot Climbing (UPM B)||RM1250
Tempat Ke Empat
(1)Paintball Robot
Anugerah Pembentangan Rekabentuk terbaik
(1)Robot Climbing (UPM B) ||RM500
(2)Fire Fighting||RM500
Anugerah Khas Microchip
(1)Robot Climbing ( UPM A)||RM500

image

#aku dok depan skali 2 yg baju merah..dok depan raja muda..huhuhu (poyo!!)

n pautan berita bleh tngok kat <SINI>

ok lah….setakat ni sahaja n3 tuk kali ni….majulah Robot Tuk Negara..hahaha..

Salam wbt..

p/s:mcam aku yg buat..padahal just tekan button start je mase game 2…hahaha(credit tuk sahira n syaimaa)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons