Thursday 21 November 2013

Dunia..Dunia..Dunia...

Assalammualaikum Uolzzzz.... *Mak Jemahlah sangat.......

Di keheningan pagi ni, terlintas pula di kotak fikiran untuk mengemaskini pages Hikayat Nawza yang tercinta ni. *sungguh santun susunan ayat pagi2 ni... Walaupon tajuk entry kali ini aku merasakan tiada kena mengena dengan kandungan ayat di dalamnya, tapi tak kisahlah. Yang penting dapat mengabulkan permintaan hati walaupun entah ape yang aku gorengkan...

Draft untuk entry ni pon aku karangkan kat cafe, ilham muncul masa makan...huhuhu.hurm... apa yang aku nak share pon xtau..pasal isu semasa???hurm. ape eh?? sudahlah jarang tengok berita, asyik refer dengan berita kat facebook yang tak pasti tahap kesahihannye.

Oklah...aku cuba revise sikit isu semasa yang aku tau... isu dunia mengenai Taufan yang baru melanda negara Philipine yang dikatakan taufan yang terkuat dimuka bumi Allah ini untuk tahun 2013... Subhanallah, semoga negara kita Malaysia ni terhindar dari sebarang bala n malapetaka seperti tang berlaku di negara jiran... Jangan kita merasakan negara kita selamat sebab kita sering di omongkan dengan Negara Terletak Diluar Lingkaran Api Pasific... Tapi jangan kita lupa dengan kuasa Allah... #Kunfayakun.

Isu dalam negara pula memang banyak.. Dari isu politik sampailah isu tahyol. pasal politik, sekarang banyak perbahasan parlimen yg orang ramai share di FB (media tak berapa sahih) mengenai perbahasan lebih kepada isu peribadi ahli keluarga ahli politik, isu remeh yang dibahaskan.. Padahal aku rasa ada lagi banyak isu mengenai masalah rakyat yang perlu di bahaskan.. Terutamanya bagi aku isu kerapuhan kedudukan agama islam di Malaysia ni. Memandangkan ini isu sensitif, xramai ahli politik beragama islam yang berani vokal didalam isu ini. Tak tahu sebab apa... bagi aku 2 parti utama orang islam di Malaysia sekarang ni dah x releven untuk mempertahankan ataupun vokal dalam membahaskan dalam mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi.

Isu masyarakat pula, memang banyak..yang paling terbaru dan viral di social media aku rasa mengenai isu Villa Nabila... What de heck!!! Seriously aku gak baca 1 artikal pon mengenai isu ini.. Cuma aku baca tajuk je. dengan baca tajuk je dah tahu mesti pasal isu tahyol n merepek. Last2 1 Malaysia kena Game dengan sorang budak yang kononnya dikatakan ghaib di Villa Nabila..

Bagi aku, ada banyak lg isu yang perlu diviralkan oleh masyarakay sekeliling.. terutamanya isu Agama Islam dan Nasib orang Islam di negara mahupun luar negara...mungkin ramai yang tak sedar akan keadaan negara Palestin dimana rakyatnya ditekan oleh kuasa israel. Dengan bekalan elektrik yang diputuskan... bayangkanlah malam kita tanpa elektrik.. Sedangkan kempen Earth Hour sejam pon ramai yang xmampu nk follow.. kita mau cacing kepanasan kalau malam xde elektrik, pasal kipas x berfungsi...hahaha. padahal malam la yg sejuk.. tapi kita nak tido malam mesti kena pasang kipas.. Tak tahulah aku korang macam mane... Tiada pendapat yabg betul atau salah, sebab itu diberikan nama pendapat...

Oklah.penat bercoloteh panjang... Aku draft dri pagi sampai ke pkol 10 lebih entry kali ni... Time meeting pon sempat aku menaip kt phone ni..terok betolkan???hahaha.

Ok..Setakat ini entry kali ini... Jumpa di entry akan datang.. Aku sertakan dibawah gambar yang aku rasa sepatutnya menjadi viral untuk rakyat malaysia...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons