Friday, 6 January 2012

Baucer Buku 1Malaysia @UPM

Assalammualaikum...

Pada hari rabu yang lepas, kecoh mengenai baucer RM200 yang sudah boleh dituntut di pejabat bendahari UPM. Janji Kerajaan untuk memberi bantuan kepada pelajar pada badjet 2012 telah di lakukan. Rm 200 weh, sapa mahu bagi free2 je? Aku percaya, tiada sesiapa yang mampu menolak pemberian ini hatta pelajar itu seorang penyokot kuat adam adli... Aku rasa Adam antara orang yg pertama pergi ambil baucer ni kalau kat Upsi sudah boleh dituntut. Kerana apa??? LU pikirlah sendiri!!! (dah ke politik pulak.urghhhh)

Sebenarnya aku pun belum lagi mngambil baucer ini. Dan dengarnya pelajar diberikan 4 helai baucer yang setiap satunya bernilai RM50. BAucer ini boleh digunakan atu sah lakunya sehingga 31 Mac 2012. Selepas exam tadi, lecturer aku bertanya kepada aku. Sudah ambil ke baucer 2? hurm..belom lagi. Sekarang Buzy lah, jawab aku ringkas... Tersengih lecturer aku akan jawapan mudah aku sambil membuat muka yang aku percaya didalamnya hatinya berkata-kata seperti "poyo je kau ni" tak pun, "huh, berlagak, orang dah bagi tak mahu ambil".

So, pertanyaan paling biasa student-student bertanya dan biasanya akan diluahkan di dinding-dinding mukabuku dan juga garisan masa tuiter.

1. Eh, baucer ni boleh guna di semua kedai buku ke?-soalan skema
2. Agak2, boleh guna baucer ni dekat Isetan o Jusco?- #twitter bnyak pertnyaan sengal mcam ni
3. Boleh ditukarkan dengan wang ringgit tak?- jenis mata duitan

Dan aku rasa banyak lagi persoalan2 yang akan timbul tetapi sebenarnya kita boleh dapatkan jawapannya secara spontan. *payah2 korang google je r. Dengan baucer ini, para pelajar hanya boleh membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing. SO, rasanya jelas apa yang boleh dibeli dengan baucer tersebut.

Bagi aku, Baucer RM200 ini, sememangnya sangat-sangat membantu para pelajar sekalian, terutamanya pelajar engineering macam aku. Semenjak aku sem 1 lagi, tiada buku engineering yang aku beli beharga kurang daripada RM50 senaskah. So, korang boleh hisab sendiri berapa ringgit aku berhabis untuk mebeli buku rujukan. Pernah sekali aku perhabiskn sehingga RM300 lebih. Tetapi demi menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah untuk aku. *poyo sey ayat ni... Dan berita ini juga mungkin sedikit sebanyak menmbantu mengurangkan fotokopi yang dilakukan secara illegalnya oleh para pelajar kerana tidak mampu membeli buku yang original.

Semoga dengan baucer yang para pelajar dapat, boleh degunakan sebaik-baiknya. Di bawah merupakan gambar surat pemberitahuan mengenai pemberian baucer ini di laman uspot upm.

Nampaknya koleksi buku-buku original aku bertambahlah untuk sem hadapan. Last sem juga baru merasa dapat bantuan buku percuma.


Ada lagi sebahagian di dalam kotak. Impian nak bina mini library kalau dah ada rumah sendiri nanti...*katenyer!!!

Setakat ini untuk n3 kali ini. Kalau aku dah ambil baucer itu nati, Insyaalah aku akan post bula mengenainya nanti.. Beransur dahulu ye.

Wassalam...

p/s: mood final exam...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons