Saturday 4 December 2010

.::MAHA2010||Celup Tangan Dalam Minyak Panas::.

 

Salam..

Wuhaa…memang citer pasal mak cik yang masak pisang goreng dengan mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas yg sedang mendidih sudah tersebar di dada2 akhbar dengan meluasnya… Dan Nawza pon dengan tak sengaja terlalu booth makcik 2 ari jumaat lepas..Memang lama gak lah nak menunggu demonstrasi 2 start..Tpi dengan kesabaran yg tinggi, Nawza tunggu gak..dan Akhirnya dapat gak tengok secara live sendiri..Dan Nawza de buat Vid tuk membuktikan kejadian aneh ini…

 

PelikBinAjaib D’ MAHA2010||Serdang

 

HAh..apemacam??de bran nk try??eh…jgn2 gatal2 nak cube erk..hahaha..t x pasal2 masuk sepital t…

Ok lah, layan je r Vid nie yer..

Salam wbt…

p/s:rasanya makcik 2 da ilang deria rasa kat tangan die kowt, 2 pasal x rasa sakit..hahaa..ke ada sesape boleh menjawab dengan kaedah sains??hahaa, bleh kongsi sama2 pendapat.,.

.::MAHA2010 Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show::.

 

Salam…

N3 kali ini merupakan kesinambungan n3 terdahulu dimana Nawza dan member ke MAHA2010(klik). Memandangkan dulu hanya sempat round2 1 dewan sahaja, semalam(jumaat) kami mnyambung semula ronda2 ke semua dewan2 di sekitar MAHA2010.. dan di bawah gambar2 yang NAwza sudah uploadkan untuk tatapan anda semua..

0212201051902122010520021220105210212201052302122010525021220105260212201052702122010528021220105290212201053202122010534021220105350212201053602122010537021220105380212201053902122010540021220105410212201054202122010543021220105470212201054802122010549HikayatNawza02122010551HikayatNawza02122010553021220105540212201055502122010556021220105570212201055802122010562021220105630212201056402122010565021220105660212201057002122010571

hah..dari siang sampai ke malam kami bertiga round2 disana…Kepada yg belum ke sana lagi masih berpeluang lagi rasanya..esok merupakan hari terakhir pameran tersebut..

Ok chow untuk N3 kali ini….

Salam wbt…

p/s: better naek moto jelah kalu pergi MAHA2010 pasal kalau nek keta, masuk ambil masa 1 jam,keluar pon ambil masa 1 jam..(jalan jem giler)

.::WEBWALKING||Tun Dr. Siti Hasmah::.

Salam…

pagi2 ni entah apa yang merasuk nawza untuk buat webwalking…hahaha.tekejut x?slalu orang buat blogwalking je…hehehe..

bukan apa, nawza saja jer layari web2 kerajaan yang penting2..antara website yang nawza singgah ialah JPA(wajib pasal die lah yg bg scolarship tuk Nawza belajar kat upm),ptptn(ada utang tertungak sikit x bayar2 lagi),imigresen(mane lah tahu kalau2 nama kene blacklist,t x pasal2 x ble p jalan oversea(macam adoo)),dan akhir sekali web JPM

hah, nak tahu apa bende yang paling nawza tertarik semasa melayari semua website2 2??hah..meh sinie nawza terangkan sikit..

1>nawza dah tahu cane nak cek online baki pinjaman ptptn(klik)

image

kene emelkan dulu kepada webmaster maklumat diri untuk mendapatkan pin no.

 

2>Nawza tidak di sekat untuk keluar negara(teringat kes faizal tahir dulu x boleh p Indon pasal x byar utang ptptn)Hot smile

kelepasan

hahaha..tiada halangan lah untuk nawza bercuti di Manchester nanti(berangan betul)

3>yang paling menarik kat website JPM iaitu biografi mengenai mantan isteri PM..iaitu Tun Dr. Siti Hasmah..cube baca kat bawah nie, semua “pertama” dalam bermacam2 hal…bukan sahaja sebagai wanita pertama malaysia sahaja..

sumber:JPM

BIOGRAFI

tun_dr_siti_hasmah.jpgTun Dr. Siti Hasmah, merupakan seorang contoh kepada seluruh wanita di negaranya samada dari segi peribadi dan juga kejayaan profesionnya. Beliau merupakan salah seorang daripada wanita Melayu pertama yang menjadi doktor di Malaysia dan doktor wanita pertama yang menjadi Pegawai Perubatan di dalam perkhidmatan awam negeri Kedah.

Sejak suaminya dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981, beliau telah menggunakan dengan bijak kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri untuk berkempen mengenai kesihatan wanita, perancangan keluarga, penyalahgunaan dadah dan bacaan dewasa.

Beliau adalah perintis kepada bidang beliau, Tun Dr. Siti Hasmah adalah di antara wanita pertama Melayu ditawarkan untuk memasuki bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura selepas perang.

Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Singapura dan kemudian berkhidmat di dalam perkhidmatan perubatan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

Dr. Siti Hasmah merupakan penulis kepada beberapa artikal dalam perubatan keluarga dan faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di Malaysia.

Beliau juga berkhidmat di dalam beberapa jawatan seperti berikut:

Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah

Presiden Persatuan Yayasan Perubatan Malaysia

Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-Kanak Cacat

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Perancang Keluarga Malaysia

Penasihat Persatuan Kesihatan Ibu Mengandung dan Neonatal

Penasihat Persatuan Pediatrik Malaysia

Sebagai Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri), Tun Dr. Siti Hasmah aktif di dalam usaha untuk mendidik golongan muda berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah. Pada 1985, atas jemputan Wanita Pertama Nancy Reagan, beliau menghadiri Persidangan Wanita Pertama berkenaan Penyalahgunaan Dadah di Washington D.C.. Beliau juga mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah di Vienna pada 1987.

Selama 23 tahun di dalam perkhidmatan awam, kerja-kerja sukarela, dan kepimpinan beliau dalam bidang kesihatan awam, penulisan dan kawalan penyalahgunaan dadah, Tun Dr. Siti Hasmah telah menerima pelbagai anugerah.

Tambahan pula, beliau telah diberikan Anugerah Kazue McLaren daripada Konsortium Asia Pasifik Kesihatan Awam 1988 dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Doktor Kehormat dalam Sains Perubatan pada 1991. Pada 1992, Royal College of Physicians, Ireland telah menganugerahkan beliau Doktor Kehormat dalam Kesihatan Awam.

Pada Mei 1994, Indiana University, Bloomington telah menganugerahkan Tun Dr. Siti Hasmah Doktor Kehormat "Humane Letters", dan pada Ogos tahun yang sama, beliau menerima Doktor Kehormat Undang-Undang daripada University of Victoria, British Columbia, Canada.

Dr. Siti Hasmah juga aktif di arena antarabangsa dalam mengenengahkan masalah wanita luar bandar. Pada 1992, di atas jemputan Queen Fabiola, Beligium, beliau menghadiri Mesyuarat Wanita Pertama untuk Peningkatan Ekonomi untuk Wanita Luar Bandar (First Ladies Summit for the Economic Advancement of Rural Women) di Geneva. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang daripada enam Kumpulan-Teras Pengerak untuk Wanita Pertama (Core-Group Initiators of First Ladies) mewakili Asia Pasifik.

Meyuarat tersebut telah dimulakan oleh Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian (International Fund for Agricultural Development (IFAD)) dibawah nasihat Queen Fabiola. Pada akhir mesyuarat, kesemua Wanita Pertama telah bersetuju dengan Deklarasi Geneva berkenaan Wanita Luar Bandar, dan kaedah bagi menghasilkan polisi dan program untuk meningkatkan ekonomi dan kebajikan wanita luar bandar dan keluarga.

Pada mesyuarat tersebut, Dr. Siti Hasmah menekankan "dengan adanya pendidikan dan latihan yang sempurna, wanita luar bandar akan membantu dalam membesarkan anak-anak yang lebih berpelajaran dan produktif, seterusnya, akan menjadi penyumbang positif kepada pembangunan dan kemajuan negara (with proper education and training, rural women can help raise literate and productive children who, in turn, can be positive contributors to a nation's growth and prosperity)."

Pada Februari 1994, Tun Dr. Siti Hasmah menghadiri Mesyuarat ISC Council di Brussels atas jemputan Queen Fabiola. Kemudian pada September 1995, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Ekonomi Wanita Luar Bandar dan Pulau untuk rantau Asia Pasifik.

Akhirnya, November 1996, beliau telah mengambil alih jawatan Presiden, Jawatankuasa Pemandu Antarabangsa Peningkatan Ekonomi Wanita Luar Bandar dan Pulau (International Steering Committee for Economic Advancement of Rural and Island Women) bagi rantau Asia Pasifik.

Tun Dr. Siti Hasmah juga berminat di dalam kesihatan mental. Wanita Pertama yang terdahulu Lady Rosalynn Carter telah menjemput Dr. Siti Hasmah untuk memberi khidmat dalam Jawatankuasa Kebangsaan Pertubuhan Kesihatan Mental Dunia (National Committee of the World Federation of Mental Health) dimana ia dipengerusikan oleh Mrs Carter.

Sebagai Penasihat Pertubuhan Pan Pacific South Asia Women's, (PPSEAWA) Malaysia, Dr. Siti Hasmah telah menghadiri dan memberi ucapan-ucapan penting di beberapa persidangan di Tokyo (1984), Bangkok (1991) and Tonga (1994).

Pada Jun 20, 1997 beliau telah dilantik sebagai Cancelor, Universiti Multimedia (MMU).

Disamping menemani suami beliau, Perdana Menteri Malaysia, semasa lawatan dalam negeri dan luar negeri, Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa mencari masa untuk bersama dengan tujuh orang anak dan beberapa orang cucu beliau serta untuk meneruskan hobi dan minat beliau.

MINAT/KECERENDUNGAN

Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali mempunyai minat/kecenderungan profesional dalam kesihatan ibu dan anak di kawasan pedalaman, orang kurang upaya serta keperluan mereka. Minat yang lain termasuk kraftangan dan mendengar muzik yang bagus dan muzik klasik ringan.

Tun Dr. Siti Hasmah juga berminat dalam mempelajari bagaimana negara-negara lain menangani masalah-masalah kesihatan luar bandar mereka dan juga perubatan tradisional. Beliau juga aktif dalam kempen anti merokok dan anti narkotik.

image

Ok, nie sahaja n3 kali ini.

Salam wbt…

p/s: sumber daripada web JPM(Klik)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons