Saturday, 24 May 2014

Siapa Nawza ni???

Assalammualaikum wbt…

Entry kali ni agak mencapap… *Badjet famous plak… Eh korang ni…Biarlah aku nak perincikan siapa gerangan Nawza ni…. Korang yelah dah kenal pasal folower fanatik aku…Aku kesian yang beginner2 ni.. Baru singgah dan tertanya-tanya siapakah gerangan abang Nawza ni *panggilan dri gadis yer… kalau nak panggil Oppa pon boleh…..hewhewhew.. yg laki tu bleh la panggil bro Nawza ke.. image

Dengan keyakinan dan kepoyoan diri yang tinggi, aku nak membersembahkan siapakah gerangan Nawza ini. *yg dah kenal tu dok diam2…yg tak kenal tu plak buat2 lah excited k…

image

Setepek gambar aku letak, baru dari pandangan sisi… *hopefully bertambah lagi 1.5Juta follower…ok tipu!!!.

Nawza ni dulunya seorang blogger yang rajin mengupdate blognya ini dengan pelbagai perkongsian dari sudut kerohanian dan saksiah… Tak kurangnye juga sudut kemaksiatan nya.. Tapi masih bleh dibendung lagi kemaksiatan itu…

Bekerja di sebuah kilang di seremban yang diberi nama Samsung SDI Energy Malaysia… *Please don’t ask me about staff prices for any Samsung gadget, because there no other special price/token for Kilang employee…

Ramai orang yang baharu sahaja mendapat offer letter or invitation for interview kat SDIEM ni mesti cuba mencari information pasal kilang ni… Tapi no interesting information that u will have except muka aku n blog aku ni… *Sepatutnya Samsung bayar aku royalti pasal bnyak entry aku selama ni ade mention SDIEM..

image

Hah..Sekarang korang percaya tak??? Badge aku n offer letter aku ranking paling atas skali kalau korang tanya Mr. Google pasal Samsung SDIEM. Dan aku percaya ramai yang baru join Samsung ni kenal aku tapi x berani tegur.. Bila dah bekerja sama2, barulah cakap “aku penah bukak blog kau dulu”… “pernah stalker dulu…” “Pernah jadi peminat Fanatik dulu…” Ulpsssss.. Telajak Laris pulak… *Semua diatas 85% Tipu…

Now aku duduk menyewa di Seremban Selatan memandangkan rumah aku berada jauh di Felda Jelai tak mampu nak berulang alik hari2… Menyewa seramai 2 orang sahaja… hahaha. kalau dah kerja kilang ni, tak payahlah korang nak memikirkan sangat tahap kecantikan dan kebesaran rumah sewa yang korang cari… Pasal masa bnyak habis dikilang, rumah ni adalah tempat korang tido jer… Kalau dapat cuti 2 hari pon sudah tentu korang pon nak balik kampung kan. Takkan nak teperok kat rumah sewa ni.

Kalau berpeluanglahkan, aku nak jadi blogger je sepenuh masa… tapi, nak mintak pinjaman nak beli rumah ke ape nanti x lepas pasal mane aku nak cekau payslip gaji.. Lainlah kementerian komunikasi dan multimedia dpat bagi. Mudah sikit jadi blogger ni kadang-kadang. Lagi-lagi yang jenis copy paste, lepastu jenis yang suka share benda yang tak pasti lagi kesahihan.

Tapi itu semua ialah “Kalau”, dan aku percaya itu tak mungkin terjadi… Tapi kerja kilang ni pon kadang-kadang gembira jugak..tu pon bila time Boss belanje makan… hehehehehe… Sorry Bosssss…

imageimage

Bukan makan sahaja tau… Selain itu korang berpeluang melancong 28 HAri atau lebih ke Korea Selatan.. *Ayat penyedap hati…

Sila tengok gambar dibawah kalau tak percaya….hahaha

image

image

Hah…Korang tunggu jelah entry akan datang pasal Pelancongan aku selama hampir 28 hari di Korea Selatan…. Hahahaha

Orite…Cukup untuk entry kali ini….

Salam Wbt..

p/s: Bila boss nak buat makan-makan lagi ni… Puasa dah dekat…

Woi!!! Aku kembali…

Assalammualaikum wbt…

Nampak tajuk entry aku kali ni, agak kekurangan bahasa di situ..tapi cukup kot pada budinya… PAda petang yang suram ni, tiba-tiba pula hati ni bergelora untuk mengupdate blog Nawza yg kacak bergaya ni   (*blog yg kacak, tuannye hampehhh) sebelum para follower menarik diri atas perilaku empunya blog ini yang pemalas untuk mengupdate blog ini setelah mendapat keuntungan berjuta ringgit dengan memungit keuntungan para follower yg rajin klik2 iklan-iklan nuffnang di dalam blog ni (*Penipuan seang berleluasa..Please jgn PM utk mntak tips2)…

image

Mungkin korang semua akan dihidangkan dengan beberapa post yang agak menjengkilkan dan sedikit lapok selepas ni. Pasal apa???? Pasal macam aku cakap tadi, ada Jin yg merasok aku supaya merajinkan diri mengarang kembali.. *Semoga Istiqamah niat BAEK aku ni… Baek ke weh??

Entry kali ini mungkin sedikit berjaga-jaga *PlaySafe poit, kerana ramai yang memerhati… Masaalah kerja memang xpayah korang nak cari kat sini… Pasal Boss aku semuanya kaki stalker.. Kalau tersilap langkah, memang naya dibuatnya nanti… *Sorry bossss kalau terbaca..Sapa suruh bukak!!!! lalalalala..

Orite..Cukup setakat ini untuk sekapur sirih bagi perasmian pembukaan New Entry dari Nawza dan pasangan… Ulps….. Nak tau kena klik2 Nuffnang kat atas bawah, kanan blog ni yer…

Salam…

p/s: Selamat Hari Guru kepada semua guru se Malaysia..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons