Wednesday, 5 September 2012

Memasuki Alam Pekerjaan (Samsung SDIEM)

Assalamualaikum…

Entry ini bukanlah tutorial untuk mereka-mereka yang ingin mendapatkan tips untuk mendapatkan pekerjaan, tapi ianya lebih kepada perkongsian mengenai pengalaman aku mendapatkan pekerjaan.

Seperti semua fresh graduated, adalah menjadi satu kemestian dalam setiap diri masing-masing  sama ada mereka sudah bersedia untuk bekerja, adakah boleh bersaing untuk mendapatkan kerja dan adakah akan menjadi penganggur untuk jangka masa yang lama. Sebegitu juga aku, memang risau kalau aku gagal untuk mendapatkan pekerjaan dengan cepat selepas tamat belajar. Cepat bagi aku bermaksud, aku haruslah mendapatkan pekerjaan sebelum hari convocation.

Jujur aku nyatakan, aku bukanlah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang bijak. Diantara kosmate aku semua pon, aku rasa aku antara yang terkebawah resultnya. Disebabkan oleh faktor itu, aku merasakan peratusan untuk mendapatkan kerja amatlah sedikit kalau nak dibandingkan rakan yang lain. Dan aku memang berazam aku sebat apa-apa sahaja kat depan mata. Mana yang dapat, akan aku pergi juga walaupun gaji tak banyak, pasal aku sedar yang aku tak boleh nak demand lebih dngan result yang aku ada dan juga status aku sebagai fresh grad yang tak mempunyai pengalaman kerja yang lama.

Interview pertama aku pergi semasa di UPM. Itu pun semasa career fair yang berlansung disana. Semasa interview tersebut, aku dikehendaki menjawab soalan yang boleh dikatakan macam soalan final exam. Aku mengambil masa hampir sejam juga untuk menjawab semua soalan itu. selepas itu barulah sesi interview.

IMG_20120526_183932

Interview kedua aku pula kat SONY bangi. Itu pun sekadar walk-in interview, dlm 5 6 min jer. Memang aku rasa aku tak dapat, pasal aku pun tak tahu apa yang aku cerita masa interview tu. Tapi aku jadikan itu sebagai pengalaman untuk aku tambah baikkan pada interview akan datang.

Semasa final exam pula, aku mendapat tawaran interview yg ke 3, di senawang. Memang kilang tu aku memang nak sangat kerja kat sana. Semasa sesi interview, aku dapat merasakan kali ini aku perform better dari sebelum ni. Tapi aku still gagal untuk memenangi hati interviewer untuk mndapatkan kerja disana.

Semasa bulan ramadhan, aku mendapat satu panggilan untuk 1 program dngan kerjasama JPM. Selepas selidiki dan berbincang ngan ada sorang member aku ni, aku rasa baik aku join sahaja. Sekurangnya dapat juga allowance selama 8 minggu program tersebut. Boleh juga dapatkan duet untuk berkonvo nanti. Hari-hari aku dan member ulang alik dari n9 ke KL untuk join program tu.

20120806_15275520120806_15273520120806_13123520120802_091237

*gambar di atas untuk kursus GCAP yg sempat aku join seminggu..kat sana jumpa kosmate yang lain pon turut sama join program tersebut.

Mungkin berkat kesabaran aku n member, kitorang dapat panggilan interview bersama di SAMSUNG SDIEM seminggu selepas kami join program G-CAP di KL. Seingat aku interview dijalankan pada hari jumaat di SAMSUNG SDIEM Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Mungkin ini rezeki kami, aku dan member diterima untuk bekerja di samsung setelah pihak SAMSUNG SDIEM call 3 hari selepas interview.

20120826_01133120120809_185200

So sekarang, aku jadikan SAMSUNG SDIEM sebagai titik permulaan untuk aku melayari alam pekerjaan.MUngkin aku akan bekerja lama disini untuk menimba pengalaman, dan mungkin juga sampai ke anak cucu jika masih relevan aku bekerja disana.

So, kesimpulannya aku terpaksa doublekan usaha aku berbanding rakan-rakan yang result jauh lebih tinggi dari aku. Antaranya, rajin pergi ke career fair, kalau ada interview jangan lepaskan peluang, drop resume ke company-company berhampiran (tidak memilih sama ada company famous or tidak) dan yang paling penting tidak memilih pekerjaan. Just grab apa di depan mata. Kalau korang rasa nak memilih, kenalah cerminkan diri dahulu, dan kalau sudah pasti anda layak untuk demand or memilih pekerjaan yang sesuai dengan qualification korang, just go on…Semua ada hak untuk memilih untuk menentukan masa hadapan masing-masing.

Oklah. Aku rasa aku dah terlebih type ni. Ingat nak buat simple entry jer. Tapi itulah, bila dah start menaip, bukan main seronok menggoreng. Jumpa di entry akan datang. Esok kejo poik..

Salam wbt.

p/s: Aku rasa lepas ni nak buat entry pasal rumah sewa aku nilah…

18 comments:

belog lang said...

terima kasih bro..ats perkongsian ini..aku jugak sekarang baru je abis stdy..tgh bertungkus lumus mencari kerja..moga dengan adanya cerita ini mampu jadikan pedoman untuk aku lebih tabah melayan kerenah dalam mencari kerja :)

S to the J said...

Aku setuju...btul3..what u wrote is reality that happen now..evrything is on your hand....

ikaa said...

best kan kalau dh abis study...ikaa nie lg 3 sem lagi nie...uwaaaaaaaa stress kot study..

shErerei said...

Tahniah gaban~..usaha tangga kejayaan..

zulaikha said...

congratz!! syoknye dapat keje kat samsung.. jeles r plak.. hee

pamie said...

kalau dah tak kene extend tu kire pandai tahap gaban lah.

Farhan Zukri said...

job apa ada offer kat sana? alang2 dekat ngan rumah, ingat nak mintak keje sana..kalo dapat, leh dpt sket duit utk konvo (kes sama) haha..

Unknown said...

Ok x kerje di samsung.ada apa2 masalah x dgn company.

Anonymous said...

Lepas interview dia suh buat medical check up ke?

Anonymous said...

aku ni bakal engineer jugak, tp BI aku noob. camne aa bro?
keje kat samsung ni mmg kene communicate in BI ke?
haddoiiii susah btol

Nawza said...

Bila masuk???
BI basic pon dah cukup...
Communicate dlm BM je..atau korea...

Effa said...

okay x kerja sini? I heard kena kerja on saturday also? and quite a stressful working environment? sbb sy ada interview next week kat Samsung SDI.

Nawza said...

Kerja mana2 pon sama. Tapi mungkin kalau kerja samsung kene double or triplekan load kerja compare dengan tempat lain... Bergantung dengan bahagian yg dapat juga...

RajaAhmadMirza said...

Bro tumpang tanya kalau nak buat intra kat samsung tu lepas tak bro? Atau boleh share contact utk pihak berkenaan utk saya confemkan?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hi. Saya nak tanya. berapa banyak proses interview di Samsung? Then global samsung aptitude test ni susah tak? Next week ada interview disini. Harap dapat membantu. Tq

Anonymous said...

boleh tnya tak. sape tau email samsung senawang ni? sbab nak sent resume. ke kena walk in je

Unknown said...

salam. blog ni hidup lagi tak? nak tanya soalan ni

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons