Sunday 25 September 2011

Part 1: Bencana Melanda

Terhumban di dada Highway bukanlah sesuatu yang aku gambarkan sebelum ini. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada tanggal 10 Julai 2011. “rileks2, kejap lg ambulan sampai…selawat banyak2” Suara siapa, aku pun tak tahu. Waktu seperti ini memang aku tak fikir untuk ambil tahu orang lain. Dalam kesibukan dan keriuhan di tempat kejadian, aku meraba-raba didalam poket seluar jeans aku yg agak lusuh keadaannya. “ok, wallet ade, kene kuarkan dulu ni, mesti kejap lagi diorang mintak, fikiran rasional aku ini membuatkan aku membuat keputusan… ALamak, mana pulak handphone aku ni?? tak ada pulak dalam poket seluar aku, sambil mata aku meliar melihat sini-sana.. Binggo!!!aku da nampak.. Kat situ handphone aku.. Tiada siapa yang berani mengambilnya umpama melakukan sesuatu yang boleh menempah maut. Handphone aku tebaring dan renyuk setelah digelek oleh pelbagai kenderaan di line ke-3 highway sehinggalah seorang brader polis pergi mengambilnya ditengah jalan.

Dalam fikiranku, rasanya memang sudah tak boleh digunakan lagi. “berapa no telefon akak kau??” grrr!!!!fikiran aku serabut, tetiba segala nombor-nombor dan abjad sudah tidak dapat aku fikirkan bezanya. “Ko ambil simcard handphone aku, ko call akak aku”, jawab aku yang masih dalam sedikit terkilan dengan tragedi yang berlaku…

“arhhh, comfirm patah ni!!camne ni????”, sudah pelbagai benda terlintas dalam kepala aku selepas melihat kaki aku yang berada dalam keadaan terkulai..”Internship aku, turn aku DBS esok (Daily Briefing session)” dan pelbagai lagi benda-benda yang aku fikirkan. “Hurm…nasib baik sem naik lambat lagi”, kata hatiku yang sudah menyangka akan mendapat cuti yang panjang selepas ini.

Keadaan motorsikal aku yang pecah dibahagian kiri setelah merempuh sebuah beban yang tak mahu aku nyatakan disini tidak lagi aku fikirkan. Alhamdulillah, setelah menunggu dalam keadaan panas terik sambil tebaring di tepi highway, ambulan pon sampai juga akhirnya. Suasana orang ramai disitu, tak mahu aku fikirkan, yang aku mahukan diorang angkat aku secepat mungkin dah blah dari tempat petaka ni…

…..

to be continued….

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons