Assalammualaikum wbt… Macam biasalah Nawza dengan penuh riaknya nak becerita pengalaman melancong di Korea Selatan… Berapa lama??? owh…Tak lamelah aku kat sana… 28 hari jer… Ok yg Melancong tu aku tipu!!! Sebenarnya mempunyai urusan kerja disana… Lebih kurang macam traininglah… Tapi kiranya macam sambil menyelam tu aku minom air lah… Aku nak cerita bende-bende yang seronok je kat sana… Kalau cerita pasal kerja dah tentulah tak seronok… Owh SDIEM!!!! Selama hampir sebulan kat sana, aku menginap di hostel yang disediakan pihak syarikat di sebuah daerah yang diberi nama Eumbong…*xingat ejaan yang betul. Kiranya bandar paling hampir ialah Cheonan… Penginapan yang disediakan adalah sngat baik walaupun sekadar hostel. Pelbagai kemudahan disediakan...