Monday 10 November 2014

Hikayat Berbahasa Tinta

Assalammualaikum wbt…

Mengarang hikayat adalah lebih mudah untuk aku mengekspritasikan apa yang aku fikirkanm apa yang ingin aku luahkan dan apa yang aku mahukan. Kadangkala sesuatu yang kita inginkan atau tunjukkan tidak dapat dizahirkan melalui kata-kata. Untuk mencari pendengar yang memahami setiap bait yang dikatakan sangatlah sukar walaupun segalanya mungkin dibumi ini.

Halatuju dan keinginan setiap insan adalah pelbagai mengikut peringkat umur, peringkat pembelajaran dan juga di peringkat usia. Di usia zaman persekolahan rendah, menjadi yang terbaik dikalangan rakan seusia adalah satu pencapaian yang diimpikan semua. Tetapi di definasikan “terbaik” itu dapat dipecahkan kepada kepelbagaian makna mengikut setiap insan itu sendiri.Terbaik daripada pembelajaran kah?? Terbaik dari segi kebendaankah? Ataupon terbaik dari segi pangkat atau uniform sekolah berwarna biru yang dipakainya.

Berada di persekolahan menengah, membawakan satu perubahan yang semakin kontra dengan kehidupan dan keinginan semasa di peringkat sekolah rendah. agi yang masih leka tidak akan terfikir untuk mencari-cari keinginan sebenar untuk dirinya. Hanya mereka yang celik sedar akan hala tuju yang harus dicari diperingkat ini. Keinginan untuk berjaya pasti sudah berputik didalam hati walaupun kejayaan yang dilihat hanya sekadar A di kertas peperiksaan tanpa dapat menterjemahkan apa yang akan dihadapi dan harus dihadapi selepas itu. Umpama ada tembok yang menghalang bagi majoriti daripada mereka mengenai kehidupan mendatang. Hanya segelintir yang dapat memecahkan tembok yang menghalang pemikiran dan keinginan daripada berubah menjadi lebih rialistik.

Semakin jauh berjalan, semakin banyak pemandangan yang dapat dilihat. Belajar dari kesilapan lampau, menambah baikkan kelemahan diri membuatkan kita teguh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu dibayangi takut atas kelemahan diri. Hidup bekerjaya adalah satu fasa dimana setiap orang akan melakukan anjakan paradigma  tanpa disedari. Walaupun serendah mana kerjaya itu. Keinginan dan kemahuan adalah lebih rialistik tanpa sedar akan kebolehan dan kelayakkan. Segalanya berkemungkinan bila halatuju dan pecutan yang dikenakan kena pada tempat dan waktunya. Cuma sedikit tenaga diperlukan untuk mencucuh pergerakkan pertama.

Tanpa didahului dengan langkah pertama, tidak mungkin segala hajat dan impian dapat di jangkau. Cukup sekadar angan-angan ditanam, pasti ia dapat menjadi pencucuh untuk menggerakkan jentera jiwa mencapai keinginan itu.

Hikayat berbicara…

Nawza…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons