Assalammualaikum wbt…
Zalora???jgn tipulah kalau korang tak pernah dengar nama ni. Kalaulah betul korang tak pernah dengar pasal zalora ni, mungkin rumah korang tak ada tv, tak pun channel TV3 tu. Bersepah iklan-iklan dia kat tv dan juga kat website. kalau korang tak ingat atau buat-buat tak ingat, nah aku tunjukkan video iklan tu kat bawah ni.
Secara ringkasnya ZALORA ni merupakan website untuk membeli belah secara online. Bukan untuk wanita sahaja, tapi juga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Tapi seperti biasalah, kalau dah secara online ni, kenalah berani menanggung risiko ketidak sampaian barang ni. Kalau korang try google pon akan jumpa, dah memang ada bloger yang dah update kat blog dorang dan katakan dia sudah tertipu. So itu ikut kebijaksanaan dan keberanian seseoranglah.
Memandangkan aku ada 1 kad bank mastercard yang di dalamnya ada balance lebih kurang RM50, So aku trylah purchase 1 product kat ZALORA ni. Sebenarnya kad aku tu dah patah dan kalau aku nak dapatkan kad yang baru aku kene bayar RM50 untuk penggantiannya. So, untuk menghabiskan baki yang masih tertinggal, aku tryjelah kat Zalora ni. Klik….klik…klik…. adelah kasut yg beharga 40 hengget,,,bodoh2 je kasut dia aku tengok. Katanya dalam tiga hari bekerja sampailah kasut tu. Kalau tak tertipu, bolehlah aku jadikan tu kasut aku pergi kerja…
Lebih kurang macamnilah kasut dia….hahahaha..
Ok…chow!!!!
Salam wbt.
p/s: cantik ke tak, pakai kat kaki jugak…sampai tempat kerja masuk dalam loker.