Thursday, 6 September 2012

Suasana Di Hari Kerja

Assalammualaikum wbt…

Memandangkan hari ini aku terlalu kenyang makan malam tadi berlaukkan tomyam campur, so aku dah tak ada idea untuk mendapatkan topic yang sesuai untuk entry kali ini. Dan bersesuaian dengan tajuk entry ini, mungkin aku lebih banyak merapu untuk kali ini berbanding pengisian daripada sudut rohani….*urmmmmmmangai, dah mcm nk beceramah. Oklah, korang baca sahaje, kalau nak rasa mengisi ruangan komen kat bawah ni, dipersilakan memandangkan dah lama tak ada orang mengomen kat blog aku ni. Mungkin aku akan buat contest nanti untuk para pengomen untuk blog aku…hahaha…

Oklah…aku share sikit cerita aku kat tempat kerja. Memandangkan aku ni kerja kilang, so memang hari-hari melepak engan operator dan technician kat dalam line tu. Adalah juga engineer, tapi aku rasa lagi seronok lepak dengan operator-operator, mungkin pasal si engineer kat sana sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing. Aku ni baru lagi, so tak adalah sibuk sangat.

Semasa training, aku belaja pasal production lain, tetapi bila dah masuk line, apa yang dijanjikan bertukar 360… Tapi aku masih cool jer, pasal bagi aku mana-mana pun sama pasal aku baru lagi. Orang yang bertanggung jawab menentukan aku dimana ialah Mr GAn. Mr GAn telah meletakkan aku di bawah penjagaan seorang Engineer yang seniority nya dalam line tu dalam sebulan. Tapi pengalam dia memang terbaiklah. Kira mamt sorang ni jadi mentor akulah.

Aku diletakka di bahagian winding prismatic, dan permulaannya aku memang tak ada idea sama ada susah atau senang. Pasal proses aku rasa tiada masalah pasal semasa training dah diajar sedikit sebanyak. Tapi malangnya, 2 3 orang engineer kat situ bila tahu sahaja aku masuk line winding, terus diorang menggeleng. Dan paling mencuwak kan aku, mentor aku ni sendiri cakap kenape aku pilih bahagian paling banyak problem dan dia umpamakan aku ni dah macam korek kubur sendiri. Walawehhhhhh…belum start apa-apa dah bagi impression buruk kat aku????

uhhhhhh….Walaupun sedikit cuak, tapi mentor aku tu cool..Beza umur dengan aku pun tak jauh beza. Dan yang paling aku kagum dengan dia ni, dia tak kedekut ilmu, dan aku rasa apa yang dia tahu dia kongsi dengan aku. Dan bonusnya ada kat dia ni, dia fasih berbahasa korea…demnnnnnn!!!terkejut aku bila tengok dia n member dia lg sorang selamba je beborak dngan mamat2 mamat korea kat samsung tu. Memang aku tabiklah…*kalau mcm ni, layan Running Man pun tak payah tengok subtitile.

Dan semalam aku mendapat berita yang agak mengejutkan aku dari mentor aku ni….dia kata minggu depan dia dah blah g compony lain….perhhhhhh…Blank kepale hotak aku kejap… Kalau dia bla, tinggal akujelah engineer untuk bahagian winding tu, dah la aku ni baru lagi… Tapi dia still cool beb..Dia naekkan semngat aku kata aku boleh buat dan dia akan ajar aku apa yang aku patut tahu. Tapi semua tu masih tak dapat mengurangkan sikit pun kegusaran aku.

Dan tadi, Mr Gan dan sorang lagi menager kot tuk line prismatic panggil untuk meeting membincangkan masa hadapan bahagian winding. FYI, sebelum mentor aku incharge bahagian winding, Mr Ragu dahulu pegang tempat ni, tapi disebabkan tak tahan kat tempat ni, dia mohon tempat lain dan jadikan mentor aku sebagai pewaris dialah. Dan Mentor aku pula nak wariskan line winding ni dengan aku pulak….O.M.G…Terkezut Mak Jemah YuOllzzzzz….

Disebabkan mentor aku nak belah, so Mr Gan pannggil semula Mr Ragu untuk masuk semula ke bhagian winding semetara. Dan Mentor aku pula mendelaykan resignation dia sehingga 21 hari bulan pasal ada mentor kat korea minta dia bersabar dahulu, dan tunggu dia datang ke malaysia. Dalam meeting ni, Mr Gan mintak bantuan mentor aku sebelum dia berhenti,  mntak diajarkan aku pasal winding, dan apa yg perlu aku tahu pasal aku masih baru lagi. Segalanya akan diletakkan ke bahu aku selepas dia berenti.  Dan Mr GAn turut mintak aku belajar dengan pantas pasal banyak perkara yang perlu aku catch up sebelum mentor aku ni bla.

So mulai sekarang aku kenalah mengorek segala ilmu yang diberi sebelum mentor aku bla. Aku kena belajar buat report, familiar dengan semua jenis defect dan system yang digunakan. Tapi aku cuba jadikan ini sebagai cabaran untuk aku menimba pengalaman yang mungkin akan berguna untuk hari yang mendatang.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, Hari esok lebih baik dari hari ini, dan Hari yang mendatang lebih baik untuk aku dan anda semua untuk memburu kejayaan.

Setakat ni untuk entry lewat malam. Insyaalah kita jumpa di entry akan datang.

Salam wbt…

p/s: tetiba dapat idea nak buat entry berdasarkan comment kat blog..hahahaha

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons