Tuesday 17 May 2011

.::Mimpi Patah Gigi, Wallahualam::.

Assalamualaikum…

Mengikut apa yang biasa orang katakan, mimpi ialah mainan tidor manusia, dan adakalanya dengan mimpi boleh datang petunjuk kepada sesuatu perkara yang akan berlaku. tapi ia bergantung dengan kepercayaan masing2 lah yer. Sebagai seorang islam, tak bolehlah kita terlalu taksub dengan mimpi-mimpi yang kita terima pasal kadang2 ia boleh dikatakan sebagai gangguan syaitan. Oklah, aku pon bukanlah tau sangat bab2 yang menyentuh pasal mimpi dari perspektif islam. Korang bolehlah try tanya-tanya orang yang lebih arif mengenai isu ini.

Yang ingin aku berkongsi dengan korang ialah mengenai mimpi aku pada khamis malam jumaat lepas. Aku bermimpi yang gigi ku patah. Huh. mesti ada antara korang yang pernah dengar mengenai maksud jika seseorang itu bermimpikan giginya patah. Yer, yang aku tahu dan pernah dengar, jika seseorang itu bermimpikan giginya patah dikatakan akan kehilangan saudara yang terdekat. owh. memang aku pun penah terdengar pasal mimpi ini. Yup, terus aku teringatkan my Sister yang sedang berada di Hospital, bukan aku bersangka yang tak baik, tapi just nak tahu kepastian je sama ada da keluar owh belum dari wad pasal dia kena tahan wad since last weeknya lagi.

Ok, gud news yang aku baru tahu plak, dia da bersalin anak lelaki masa hari rabu lagi….warh!!!!geram nye aku, sekali lagi aku lambat tahu pasal kelahiran ni, dah lah kak long aku besalin ari 2 pon aku tau lambat. Semua ingat masing2 da bagi tau. Oklah fine… Aku tak kisah sngat pon, saja je buat2 emo… hurm, baby yang baru lahir ni beratnya hanya around 900g je. memang ringan pasal tak cukup bulan. Dikatakan baru berusia 6bulan 2 minggu dikandungan... So memang baby ni diletakkan didalam peti baby lah…Tak tahu plak apa nama betulnya peti tu.

Memandangkan my Kak Long akan datang melawat my angah kat PJ, so aku memang ada barang ingin diberikan memandangkan dia ingin datang melawat ahad ni. dan hari ahad tu pon aku memang sudah merancang untuk pergi ke kenduri bersama member yang duduk kat Pj untuk ke kenduri kawin di Subang. sebelum ke rumah member di PJ tu, aku singgah dahulu di rumah mak mertua Angah aku selepas my Adik mesej balik kata diorang dah sampai kat situ. Oklah, aku pon bersiap-siap dan bertolak terus ke sana untuk menghantar barang terlebih dahulu sebelum pergi rumah member tu.

Sampai sahaja disana aku tengok suasana di rumah mak mertua angah aku agak pelik. Macam mana aku nak cakap erk??hurm..korang fahami jelah citer aku ni. Ok. Sampai2 dimuka pintu (sambil bawak barang ditangan), yang aku dapat lihat diruang tamu rumah tu, sekujur badan yang kecil terbaring dimana my abang ipar yang aku cakap sebelum ni datang melawat sedang membaca yassin beramai-ramai bersama-sama family husband angah yang lain. Owh… Dalam keadaan aku yang tidak bersedia dan macam ter mangu2, aku masuk dan bersalaman dengan akak2 aku jer. Hurm, memang betullah andaiaan aku bahawa anak angah aku yang baru dilahirkan 4 hari lalu sudah meninggal dunia kerana darah dijangkiti kuman n macam2 lagi lah..

Rasanya apa perasaan korang erk kalau berada ditempat aku? Hurm, dengan keadaan aku yang nak ke kenduri kawin ni, just ingatkan nak hantar barang sekejap sebelum begerak bersama member ke kenduri kawin. Tetapi tidak aku sangkakan aku telebih dahulu menghadiri pengebumian anak angah akupada tengah hari itu juga. Selepas setengah jam aku sampai di rumah angah aku, jenazah dibawa ketanah perkuburan untuk dikebumikan..

Dengan Aiman sekali aku ajak ketanah perkuburan tu.. Dalam pukul 1.30 ptg kot kalau aku tak silap selesai pengebumian jenazah… Hurm, memang rasa macam sepantas kilat je smua yang berlaku ni. Berkaitan dengan mimpi aku patah gigi  pula, aku pun tak pasti samaada ianya satu alamat ataupon secara kebetulan jer. Wallahualam….hanya Tuhan sahaja yang tahu maksud disebaliknya…semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.

Memandangkan hari masih awal dan aku memang bawa member sekali membonceng ikut sama ke PJ, so niat ke kenduri di Subang diteruskan selepas memberitahu mysister… (memang masa 2 perut lapar giler wei…)haish…rasa2 korang kejam ke aku ni??? xkot… ke subang kita orang menaiki kereta  pasal member sorang ni ada yang bawa kereta. Selepas makan kenduri aku pulang semyula ke rumah angah aku n majlis bacaan yassin n tahlil sedang berlangsung… Pada ptg nya aku bertolak pulang ke UPM…

Oklah.. Setakat ni sahaja entry untuk kali ini…

Salam wbt…

p/s: nama arwah baby tersebut Nur Iskandar Yusof bin Mohd Fadzli…

.::Internship::.

Assalamualaikum…

Ok lah, Aku tak mahu cakapdah berapa lama aku tak update entry kat hikayat ni. Sorry lah brader n sister sekelian pasal memang sekarang ketandusan idea nak mengupdate lagi-lagi sekarang aku sedang menjalani internship. So faham-fahamlah yer tahap kerajinan aku ni. Hahaha.

9 May 2011 merupakan hari pertama aku memulakan internship dekat ICMIC Cyberjaya dan mengikut offer letter yang aku terima aku akan bertugas sebgai Ic design. Oklah, straight to the point, bkan purely aku buat kerja mendesign ni, tapi ia lebih kepada training untuk aku ke arah menjadi seorang IC Designer. Hurm, mungkin sebahagian dari korang tak tahu apa yang aku katakan..IC??hah??xkan kau yg kena buat semua IC rakyat malaysia ni???hehehe.. Bkan IC yang 2 lah…IC yang aku katakan ni ialah integrated circuit atau korang bolehlah google sendiri erk…pasal payah aku nak terangkan kalau korang bukan base of engineering or electronic..

12052011436

Minggu pertama bagi aku oklah. Aku dapat assignment, hah???assignment??yer…assignment, korang ingat study je ke ada assignment? Intern pon ada gak assignment yang korang kena buat, tapi itu semua korang akan rasainya dekat ICMIC jelah. hahaha. Kira first week semua berjalan dengan lancarnyalah… Dapat ramai kawan baru…eh..mcam masuk sekolah plak erk..hehehe…yer, kawan2 baru semua best2. mcam2 perangai ada, tapi nasib baiklah yang sebilik dengan aku semua ok2 belaka (sambil tangan ke dada…)gurau je wei…

Oklah..aku xtau nak cerita apa lgi….semuanya ok jer kot..

Salam…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons