Assalammualaikum wbt…
Kenduri kawin kawan-kawan secara tidak langsung kebiasaannya akan menjadi perjumpaan tidak rasmi antara kawan yang sudah lama tidak bertemu. Jumlah yang sedikit ramai akan membuatkan kita merasakan ia seperti small gathering disamping untuk bersama meraikan rakan yang baru sahaja selamat mendirikan Masjid. Alhamdulillah…..Taniah kepada sahabat kita seorang yang sudah masuk ke alam perkahwinan.
Tahniah diucapkan kepada Nadzwan dan pasangan. Semoga mahligai yang dibina berkekalan ke anak cucu. Dan mungkin lepas ni akan di ikuti oleh brader baju hijau belang diatas dan bekas roomate nye.. *Sudah berani yer mempertontonkan bakal isteri di khalayak ramai…hahaha
Berbalik kepada cerita tadi, masa kenduri nilah kita akan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Aku pamerkan hal ini dengan gambar-gambar sahajalah. Malas nak bercerita panjang.
Sudah alang-alang berkumpul baramai-ramai, why not kita buat some activiti bersama-sama. Lagipun bukan selalu berjumpa. Maka setelah mendapat persetujuan semua walaupun ada yang paksa rela maka kami semua move on ke………………………
“Negeri Melaka”
Kami semua bertolak ke Melaka sekadar untuk berjalan-jalan. Tapi malangnya bila sampai je ke bandar melaka, masing-masing tak tentu haluan. Dengan ada yang sesatnyelah, tak jumpa parking la dan bla bla bla. Tapi aku dan driver berjaya melaksanakan task yang telah diberikan untuk ke tempat yang ingin dituju.
Korang boleh tengok gambar dibawah….
Sempatlah “geng2” yang sekereta bersama aku jalan-jalan sebentar di Bandar Hilir. Dapat tengok banggunan-banggunan bersejarah pasal ada dikalangan kami yang 1st time sampai dan jalan-jalan disini. Asyik2 tengok tinggalan kota A-Famosa dalam buku sejarah je, sekarang dah dapat tegok live. Hahahaha. Selain itu dapat juga tengok Iron Man kat sini…betul….kalau tak percaya cubalah ke Bandar Hilir.
Memandangkan ke semua 4 bijik kereta sudah berpecah, maka mereka just decide untuk ke tempat utama yang ingin dituju iaitu….
Yeah….disini kami menikmati Ikan Bakar di Umbai. Nama Restoran yang kami pergi ini seperti didalam gambar diatas isitu Ikan Bakar Parameswara. Ini juga merupakan kali pertama aku sampai disini. Seperti biasalah untuk menu kami banyak serahkan kepada golongan wanita untuk memilih. Aku pula lebih kepada menunggu dimeja makan untuk memulakan sesi menyantap.
Memang kenyang makan di sini. Harganya pun berpatutan aku rasa. Tidak semahal yang aku sangkakan untuk makans seramai 16 orang. Sebelum ini aku pernah makan di kedai ikan bakar di Bagan Lalang dengan officemate, tapi harga disini 50% lebih murah kalu dikira ikut setiap kepala.
Selepas habis sesi makan-makan, kami semua bertolak untuk pulang ke kediaman. Dan aku pula terpaksa lah driver singgah masuk ke Senawang untuk hantar aku terlebih dahulu. Hahaha. Nasiblah…..
Setakat ini sahaja cerita untuk aku kongsikan mengenai aktiviti kami bersama semalam 8 Jun 2013. Semoga jumpa lagi dientry akan datang.
Salam wbt.
p/s: Korang jangan nak vroom vroom sangatlah…hahahaha