Tuesday 27 December 2011

2011 Hampir Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt...

Hai semua... Tiba-tiba tangan aku rasa gatal nak menaip panjang-panjang. Jadi, kat kawasan ni lah ruang untuk aku meluahkan dan bercerita apa-apa sahaja topik yang aku suka. Dan kali ini just nak buat review tentang apa yang aku lakukan untuk tahun 2011 ini.

Seperti yang anda semua sedia maklum, lagi beberapa hari sahaja lagi, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan jendela 2012 akan dibuka seluasnya. Tidak mahu berbincang mengenai soalan paling clishe kalau masuk tahun baru iaitu apa azam anda??ieeeee........ bosan dengan soalan 2. pasal aku memang tak ada azam untuk tahun baru. Azam aku hanya menjelma bila current Azam sudah tertunai...hahaha. So kadang-kadang dalam setahun boleh ada dalam 4 n 5 azam baru..hahaha

Tahun 2011 terdapat pelbagai nostalgia suka dan duka yang boleh aku coretkan. DAn disebabkan aku tak berapa nak pandai nak becerita, jadi aku just nyatakan beberapa aktviti aku sepanjang tahun ini.

1. Pada tahun ini aku melangkahi ke tahun akhir bagi pengajian aku di UPM. so apa ada dengan tahun akhir? korang boleh rujuk pada n3 aku yang dahulu.

2. LI dan lebih dikenali sebagai Latihan Industri. AKu menjalaninya di Cyberjaya dan disana aku mula menanamkan minat aku dalam major microelectronik walaupun sebenarnya aku pun masih samar-samar dengan bidang yang aku pilih ni.

3. Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan aku terpaksa duduk dalam wad selama 14 hari..urhhhhhhhhh... pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. 1st time accident teruds yang jenis rare punya.

4. Melepaskan jawatan sebagai chairperson sebuah organisasi pelajar kat upm ni. urhhhh..sedikit ringan lepas AGM.

5. dan aku........ tak tahu nak tulis apa....


Banyak lagi wei sebenarnya, tapi apakan daya, masa menceburui aku...hahaha. Nanti2 lah kalau aku rajin aku update. sekarang aku memang tak rajin pon nak update blog.

ok..wassalam....


p/s: tinggalkan comment korang kalau berani.
FYP...Final Year Pweetttt....
UPM: Universiti Putra Malaysia [Ejaan sama dalam Bahasa atau Enggeris, jgn nak mengade nak mengeja sebagai "University" }

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons