Assalamualaikum… Entry ini bukanlah tutorial untuk mereka-mereka yang ingin mendapatkan tips untuk mendapatkan pekerjaan, tapi ianya lebih kepada perkongsian mengenai pengalaman aku mendapatkan pekerjaan. Seperti semua fresh graduated, adalah menjadi satu kemestian dalam setiap diri masing-masing sama ada mereka sudah bersedia untuk bekerja, adakah boleh bersaing untuk mendapatkan kerja dan adakah akan menjadi penganggur untuk jangka masa yang lama. Sebegitu juga aku, memang risau kalau aku gagal untuk mendapatkan pekerjaan dengan cepat selepas tamat belajar. Cepat bagi aku bermaksud, aku haruslah mendapatkan pekerjaan sebelum hari convocation. Jujur aku nyatakan, aku bukanlah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang bijak. Diantara...