Monday 3 September 2012

Aidilfitri 2012…

Assalammualaikum wbt…

Kali pertama aku rasa aku kotakan janji aku semalam pasal aku nak update blog malam ni… Kalau tak selalunya dua minggu sekali pun payah untuk aku update. Macam manalah nak jadikan blogging ni sebagai side income. *berangan~~~~

Raya tahun ni, aku cuti sekejap je kalau dibandingkan raya sebelum ni pasalnya pada raya ke-4 aku dah start kerja semula. Pertama kali aku rasa bekerja di hari raya.*urghhhhhhhhh, statement poyo, macam kerja seperti kakak jaga tol pada pagi hari raya pertama. Pasal kerja pula, nanti aku cerita di entry yang lain pula yer. Untuk kali ini aku nak share pasal raya 2012 aku.

Secara ringkasnya semua adik beradik 9 orang balik rumah. So riuh jugalah bila ramai-ramai ni. Lagi-lagi dengan berbelas anak buah aku bila semua ada. Naik rimas aku kadang-kadang. Kalau yang jenis bega-bega ni memang selalu lah aku jeritkan. Untuk raya tahun ni, secara hormatnya status aku bukan lagi sebagai pelajar macam tahun-tahun sebelum ni, tapi bertuahnya aku pasal ada gak insan baik hati bagi aku ang pau raya. Oklah dari tak ado ken..

20120819_100129

20120819_10363620120819_10364920120819_10152820120819_10351520120819_10141220120819_10125420120819_10263020120819_10100620120819_10080220120819_10074820120819_10071120120819_100641

IMG_20120818_182153

20120819_09575920120819_12270220120819_10122020120819_100508

Kat atas ni semua gambar family aku. Ada juga aku beraya ngan kawan-kawan sekampung. Tapi tak banyak gambar yang aku ambil. So bolehlah korang tengok gambar kat bawah ni. Manalah tahu ada kakak dan adik-adik nak berkenalan dengan salah seorang.

20120819_22522220120819_23525920120819_23084320120819_233352

Di akhir kata, walaupun agak terlewat sikit aku nak juga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca Hikayat Nawza ni dan juga selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita Malaysia yang tercinta untuk kali yang ke 55.

oklah, setakat ini entry untuk kali ini…Nantikan entry-entry aku yang akan datang. Mungkin pasal kerja baru aku pula…

Salam wbt…

p/s: hopefully gaji bulan ni aku boleh menyimpan sikit….

1 comments:

zulaikha said...

dengan segala hormatnya sy juga dah tak beraya dengan status student. dan tak payah pening2 pikir nak balik kolej bila. haha...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons