Saturday, 30 June 2012

Hilang...

Tadi gigih aku update gune habdphone, sekali bile aku post ilang plak entry 2....tensionnnnnn.. Grrrrrrrr.... Geram aku... Nak mengajok... Kbye!...

Tuesday, 26 June 2012

Malam Raya

Assalammualaikum wbt Korang jangan terkejut pula pasal tajuk entry aku kali ini. Ini bukan entry lama aku tukar tarikh atau tersalah update. Tapi memang betul sekarang ni malam raya, tapi itu istilah budak-budak dekat lab robocon ni jika esok adalah hari yang penting. Contohnya kalau ada mana-mana robot competition yang disertai atau pameran-pameran yang memerlukan robot-robot di setup, so malam sebelum event tu kitorang panggil malam raya. Aku pun tak tahu mana datang idea panggilan malam raya ni. Tapi mengenai malam raya yang aku cakapkan ni, bukan pasal esok ada robot competition, tapi esok semua pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan upm akan membentangkan projek masing-masing kepada para examiner dan juga orang dari industri. So kira...

Monday, 25 June 2012

Kotak Fikiran

Assalammualaikum wbt. Bertemu kembali di dalam entry lewat pagi aku ini. Asal aku update blog je, mesti waktu pagi bute. time-time orang semua sedang sibuk buat solat istikharah…kennnnnn…konon nak cakap baru lepas solat lah tu. sudahlahhhhh….oklah, honestly aku baru lepas buat slide tuk presentation FYP aku esok. Lepas je presentation tu, dah kire complete lah semua pekara untuk aku selayaknya dianugerahkan ijazah. Berbalik kepada tajuk malam ni, memang saja nak berkongsi apa yang aku fikirkan dan apa yang selalu belegar-legar dalam fikiran aku. 1. Balik kampung : Bukan sebab homesick ke apa, tapi memang lama dah aku tak balik kampung, dan akhirnya aku dah balik dah selasa yang lepas sehingga hari jumaat. Selepas habis exam aku terus balik...

Tuesday, 19 June 2012

Noktah Bukan Penghujungnya…

Assalammualaikum… Beberapa hari lepas aku update post mengenai peperiksaan yang yang berlangsung sekarang di UPM. Dengan ini aku sekarang nk mengumukan bahawasanya aku sudah habis menjawab semua paper untuk peperiksaan kali terakhirnya. Mudah-mudahan tiada paper yang aku kene re-seat semula untuk final. Walaupun ada dua paper yang aku rasa macam berpotensi untuk jahanam, tapi aku cube berfikiran positif. Semalam aku menjawab dua  paper dalam satu hari. Walaupun aku pernah juga melalui pengalaman seperti semalam ini pada beberapa sem yang lalu, tapi pengalaman semalam adalah tersangat pedih kerana aku memang tak boleh jawab kedua-dua paper tu. Memang susah giler gampang aku cakap. Aku pun malas nak cerita lebih pasal paper semalam, jadi aku tunggu result lah lagi dua minggu ni. Berlalu...

Saturday, 16 June 2012

Peperiksaan Akhir (UPM)

Assalammualaikum wbt. Hari ini sudah masuk hari ke-5 minggu peperiksaan untuk semua pelajar Universiti Putra Malaysia, UPM. Peperiksaan kali ini merupakan peperiksaan akhir aku yang ke-8 kalinya. Sudahlah akhir katenyer, tapi 8 kali pula. macam mane tu? maksudnye aku sudah berada di semester yang ke-8 bersamaan dengan 4 tahun tempoh pengajian aku di UPM ini. Inshaallah tahun ni aku akan bergraduat dan menggenggam segulung ijazah. Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic) menjadi santapan aku selama empat tahun berada di UPM. Berbalik pada tajuk untuk entry aku kali ini, mengenai peperiksaan akhir. Walaupun sudah berkali-kali menduduki peperiksaan, tapi perasaan gementar n cemas memang tidak dapat dielakkan lagi-lagi bagi subjek...

Pages 381234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons