Monday 25 June 2012

Kotak Fikiran

Assalammualaikum wbt.

Bertemu kembali di dalam entry lewat pagi aku ini. Asal aku update blog je, mesti waktu pagi bute. time-time orang semua sedang sibuk buat solat istikharah…kennnnnn…konon nak cakap baru lepas solat lah tu. sudahlahhhhh….oklah, honestly aku baru lepas buat slide tuk presentation FYP aku esok. Lepas je presentation tu, dah kire complete lah semua pekara untuk aku selayaknya dianugerahkan ijazah.

Berbalik kepada tajuk malam ni, memang saja nak berkongsi apa yang aku fikirkan dan apa yang selalu belegar-legar dalam fikiran aku.

1. Balik kampung : Bukan sebab homesick ke apa, tapi memang lama dah aku tak balik kampung, dan akhirnya aku dah balik dah selasa yang lepas sehingga hari jumaat. Selepas habis exam aku terus balik pada keesokkan harinya. Tiada apa aktiviti yang menarik spanjang aku kat kampung halaman, cuma lepak-lepak dengan kawan-kawan yang ada. satu dua orang je pun. Aku n kawan aku tu pergi karaoke dan tengok movie baru cerita “Abraham Lincoln: Vampire Hunter”. Boleh tahan juga best cerita tu. So kat bawah ni aku share beberapa gambar semasa aku kat kampung.

IMG_20120624_034054IMG_20120624_034437IMG_20120624_03415020120620_191008

2. Makan Durian: Minggu lepas ada juga perasaan nak makan durian, memandangkan selalu je ambil bau kalau lalu jalan di hadapan petronas berhampiran kolej aku ni. Ada orang jual durian dekat situ. Dan mungkin Allah tu dengar permintaan aku tu, so Dia kabulkan terus. Alhamdulillah, ada satu hari tu aku pergi lab, Bro K bawak durian seguni datang lab. Katanya dari dusun, so memang betul-betul fresh punya durian. Memang tak lama lepas tu memang licin lah semua durian tu budak-budak dekat lab makan. Lepas makan tu korang paham-paham jelah macam mana bau satu kat lab tu.

IMG_20120618_02193920120616_22203520120616_22204820120616_222027

3. Final Year Project (FYP): Pasal fyp ni aku rasa dah bnyak kali aku cerita dekat entry-entry sebelum ni. Kalau korang rajin baca blog ni, mesti korang pun dah menyampah dengar keluhan aku kan. So, tak payah cerita sangatlah pasal fyp ni. Korang buat-buat faham sahaje gambar kat bawah ni.

20120518_16023520120516_08411620120518_12045120120501_063652

4. Menganggur: Benda ni memang selalu sangat dah berpusing dalam kotak fikiran aku ni. Aku rasa lepas raya lah baru cari kerja kaw-kaw punya. Hahahaha. dapat cuti lama sikit. Setakat ni masih belum dapat mana-mana offer lagi. Kalau setakat interview tu, adalah lah satu dua. Kalau drop or email resume tu dah bepuluh dah aku rasa. Kira adalah juga ushakan dari pada takdo langsung. Gambar kat bawah ni, test masa aku buat masa 1st interview, dengan tak prepare apa-apa, dia suruh jawab soalan yang ambil masa sejam lebih jugalah. Memang ke lautlah aku jawab.hahahaha

IMG_20120526_183932

5. Bergraduat: Memang pekara ini merupakan apa yang di idam-idamkan semua pelajar dan termasuklah aku. Tinggal lagi beberapa percent je lagi untuk aku melangkah kaki untuk meninggalkan UPM. AKu paling benci untuk ucapkan selamat tinggal dan apa-apa sahaja ucapan perpisahan. Memang tak berapa retilah. Kalau masa sekolah dulu, lepas je abes last paper spm, aku terus balik asrama tukar baju n blah je. Tak jumpa pun kawan-kawan kelas, budak-budak dorm… Mungkin aku ni cuba nak elakkan perasaan sayu ditunjukkan dikhalayak ramai. Tapi bila dah naek bus tu, memang terkenanglah memori dengan budak-budak sekolah semua. Dan aku percaya mesti lepas grad dri upm ni, aku akan sentiasa teringatkan tasik fakulti, lab robocon iaitu tempat aku slalu melepak sampai ke subuh since aku 2nd year lagi dan banyak lagilah.

IMG_20120522_203730IMG_20120618_021515IMG_20120624_031814IMG_20120624_03470120120618_16105620120618_161048

…………………………………………….

Kalau hendak dikirakan, memang infiniti lah pekara yang aku fikirkan. Dan aku rasa cukup sekadar di atas sahaja untuk aku kongsikan di pagi buta ni.

Kepada yang tengok bola tu, jagan risau last2 Spain juga yang jadi juara bila final 2 July nanti. hahahaha.

Jumpa di entry akan datang yer. Kalau aku rajinlah.

Wasalam….

p/s: Doa-doakan aku dipermudahkan untuk present fyp esok yer kawan-kawan… –.-

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons