Thursday 22 September 2011

Final Year Student! Apa yang anda rasakan?

Berada di tahun akhir pembelajaran di Universiti bukanlah satu kelegaan bagi semua orang, tapi kadang-kadang ia akan menjadi satu ketakutan bila ini berlaku:

1) urhhh.. FYP nak buat tajuk ape nie??grrrr..buntunye…(FYP=Final Year Project)

2) CGPA suam-suam kuku je, dah gred nanti bleh dapat keje ke? sempat ke lagi nk baiki CGPA aku?

3) arhhhhh…awek xde lg, member2 len sume dah rancang kawen bila abes study. jdi andartu r aku (tuk gegirl jer)hehehe

Banyak lagi aku rasakan pekara-pekara yang boleh membawa kegusaran. Memang tak dinafikan aku juga turut mengalami penyakit seperti di atas, tapi bukan yg ke-3 la. “boleh ke aku buat?”, Soalan yang sentiasa menyerabutkan kepala aku, dan setiap kali ianya muncul, aku akan cuba menghalangnya menyusup sehingga ke pundak akal dan fikiran aku. Dengan tepisan yang mudah aku katakan “belum cuba, belum tahu, kalau fail tukar je tajuk….”

Jalan yang cukup mudah aku ambil, tapi ia sudah cukup untuk mengembalikan keyakinan dalam diri, tapi setiap orang mempunyai tahap keyakinan yang berbeza dan mungkin tidak bersesuaian dengan cara dan pendekatan yang aku ambil. ”arhhh ape yg aku merepek ni?xpaham2X!!!!!”.

Right now, bermulalah cerita aku sebagai pelajar tahun akhir yang akan melaksanakan sebuah tugasan yang merangkumkan pembelajaran aku selama 3 tahun berada di sini.

image

Zaman ICT sekarang memudahkan semua mendapatkan sedikit maklumat dan panduan untuk melaksanakan projek masing-masing. Dan aku juga menggunakannya seoptimam yang boleh untuk mendapatkan maklumat, sebagai contoh website seperti gambar di atas.

Sekian…

2 comments:

Anonymous said...

encek najwa... smbung la cite..... best la... ilike

Anonymous said...

encek najwa... smbung la cite..... best la... ilike

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons