Assalamualaikum… Mengikut apa yang biasa orang katakan, mimpi ialah mainan tidor manusia, dan adakalanya dengan mimpi boleh datang petunjuk kepada sesuatu perkara yang akan berlaku. tapi ia bergantung dengan kepercayaan masing2 lah yer. Sebagai seorang islam, tak bolehlah kita terlalu taksub dengan mimpi-mimpi yang kita terima pasal kadang2 ia boleh dikatakan sebagai gangguan syaitan. Oklah, aku pon bukanlah tau sangat bab2 yang menyentuh pasal mimpi dari perspektif islam. Korang bolehlah try tanya-tanya orang yang lebih arif mengenai isu ini. Yang ingin aku berkongsi dengan korang ialah mengenai mimpi aku pada khamis malam jumaat lepas. Aku bermimpi yang gigi ku patah. Huh. mesti ada antara korang yang pernah dengar mengenai maksud jika seseorang itu bermimpikan giginya patah. Yer, yang...