Assalamualaikum WBT.
Hampir empat tahun Hikayat ini dibiarkan sunyi tanpa ada apa-apa coretan. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak tinjau semula dan baca coretan-coretan lama. Bila baca semula coretan lama, mesti tergelak sendirian dan juga rasa kenapa macam tu penulisan aku dulu. Mungkin faktor-faktor usia dan tahap kematangan. Ada peluang untuk betulkan semula, tapi aku ras biar ia kekal sebegitu supaya menjadi satu kenangan terindah buat diri ini. Setiap entry/post yang di baca semula akan membuatkan kita teringat pada masa lalu termasuk keadaan dan sebab entry-entry itu dicoretkan dalam Hikayat ini.
Blogwalking, blogging, blog review dan pelbagai lagi acronym yang aku rasa 10 tahun dulu cukup popular, tapi mungkin semakin dilupakan kerana sekrang sudah terdapat pelbagai medium yang digunakan untuk kita berkongsi pengalaman dan apa-apa sahaja dalam media sosial ini. Mungkin suatu masa nanti, blogspot ini sendiri akan di "shut down" seperti mana beberapa applikasi yang dahulunya cukup popular seperti Winamp, YM dan bermacam lagi.
Bagi aku, perubahan teknologi akan bergerak seiring dengan zaman, yang lama aku mula ditinggalkan dan dilupakan dan baru akan dikejar.
Sebagai contoh macam aku la, hampir 4 tahun tak update apa-apa cerita dalam ni, tiba-tiba balik dari lunch terdetik nak bukak dan baca entry-entry lama. 4 tahun pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup ini, daripada baru mempunyai seorang cahaya mata, dan kini telah mempunyai tiga orang anak yang comel-comel dan bermacam ragam. Termasuk juga tempat kerja pun sudah bertukar.
Keluarga kecil aku |
Seperti kebanyakkan orang, aku juga mempunyai beberapa akaun social media yang lain kononnya tak nak ketinggalan zaman. Kalau korang rajin boleh la follow aku dalam tiktok,intagram and FB.