Sunday, 26 August 2012

Ramadhan 2012

Assalamuallaikum wbt…

Mesti korang pelik apasal aku updated benda yang dah lama lepas. Dah masuk syawal baru aku terhegeh-hegeh nak update pasal ramadhan…. Oklah, bukan ape, hari tu aku xde masa nak update pasal buffet ramadhan yang aku dan member-member aku pergi masa bulan puasa hari tu. Kalau korang baca entry aku sebelum ni mesti tau yang aku ada update blog tuk promote tempat tu. So akhirnya aku berjaya juga mendapatkan discount 50% untuk 5 orang. Tak perlu nak cerabeh banyak-banyak, aku update gambarnya sahajalah pasal lepas ni aku nk citer pasal raya pula…

20120807_19553220120807_19263520120807_19261220120807_19180720120807_19175720120807_192046

20120807_19573020120807_21135020120807_21240720120807_21131920120807_21242020120807_212332

Ok jumpa di entry Raya selepas ini….

Salam wbt…

p/s: internet pakai plan hari2 jelah..nanti dah berduet baru aku masuk unifi terus umah sewa ni…

Saturday, 4 August 2012

Promosi Buffet Ramadhan Semanis Aroma


Assalamualaikum wbt...

Hikayat beroperasi lagi setelah hampir sebulan ditinggalkan. Memandangkan semua dalam mood berpuasa dan kita juga sedang berada di bulan ramadhan, so macam biasa lah entry aku kali ini mengenai bulan puasa la, atau lebih tepat lagi mengenai berbuka puasa. 

Hari ini, aku gigihkan diri dari Nilai ke Serdang untuk berbukabersama member. Dengarnya nak belanja, tapi tempat pon tak decide lagi. Setelah beberapa pertanyaan dilakukan kepada En Google, aku jumpa satu tempat yang memang selalu aku pergi, tapi bukan time bulan poselah. Iaitu Semanis Aroma Buffet. So ada pulak promosi dia buat kepada sesiapa yang telah promosi tempat ni, so boleh dapat 50% diskaun.
So dibawah antara detailnye yer...



 Copied from Ramadhan Buffet MAEPS@fb : Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini juga amat menarik dengan sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor, Tandoori Fish dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan. 
Perkara : Hidangan Buffet Ramadhan
Tempat : Dewan Banquet UPM
Dibawah kendalian : UPM Holdings
Tema : Semanis Aroma
Tarikh : 23 Julai – 17 Ogos 2012
Masa : 6 ptg – 10 malam
Harga : 
Dewasa;
RM 49.50 nett
 
Kanak² (7-12 tahun)
RM 24.50 nett;
 
Hidangan istimewa : Kambing panggang dan ikan panggang, setiap hari
Hidangan Hebat : BBQ Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Ikan, Daging, Sosej dan banyak lagi
Info lain : Lebih 200 jenis makanan dan boleh menampung sehingga 1500 pax sehari
No Telefon : 012-3903191 / 012-3131091 / 012-3825091 / 012-3849091

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons