Saturday 16 June 2012

Peperiksaan Akhir (UPM)

Assalammualaikum wbt.

Hari ini sudah masuk hari ke-5 minggu peperiksaan untuk semua pelajar Universiti Putra Malaysia, UPM. Peperiksaan kali ini merupakan peperiksaan akhir aku yang ke-8 kalinya. Sudahlah akhir katenyer, tapi 8 kali pula. macam mane tu? maksudnye aku sudah berada di semester yang ke-8 bersamaan dengan 4 tahun tempoh pengajian aku di UPM ini. Inshaallah tahun ni aku akan bergraduat dan menggenggam segulung ijazah. Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic) menjadi santapan aku selama empat tahun berada di UPM.

Berbalik pada tajuk untuk entry aku kali ini, mengenai peperiksaan akhir. Walaupun sudah berkali-kali menduduki peperiksaan, tapi perasaan gementar n cemas memang tidak dapat dielakkan lagi-lagi bagi subjek tak dapat score untuk carry mark. Jadi jika carry mark rendah, memang jwapannye jawab final exam untuk lulus sahajalah. Macam petikan dibawah inilah. a

Memang aku tidak menyangkal petikan ini, memang aku mengaku ia kene tepat kat batang hidung aku sendiri. Pada permulaannya memang nak score A. Tapi bila sudah dua tiga kali menduduki final exam, score A tu bukan semudah yang dijangka. Kadang-kadang lebih memikirkan untuk lulus sahaja. jika carry mark tinggi sekali pun belum tentu dapat score A, jadi ia kadang-kadang mematahkn semngat untuk meletakkan “A” sebagai target. Hasilnya, “LULUS” adalah target terbaru dan ia merupakan syarat untuk bergraduat.

image

Gambar diatas merupakan jadual untuk peperiksaan terakhir aku untuk semester yang ke 8. Semalam aku menduduki peperiksaan untuk subjek Advance Analog, dan rumusan daripada paper itu ialah “Susah Giler Gampang”. Hopefully aku “LULUS”. Dan isnin hadapan aku ada dua paper dalam satu hari. Yang ini aku sendiri pon tak tahu macam mana nak manage time untuk study, pasal untuk kedua paper ini aku memang lemah dan banyak yang aku blank. Carry Mark pun rendah giler babeng, dan sekali lagi aku berharap LULUS untuk kedua peperiksaan akan datang ini.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam, Hari esok lebih baik dari hari ini, Dan hari mendatang lebih baik untuk kita menuju kejayaan. Jadi aku percaya ramai rakan yang lain juga terutama mereka yang menuntut di IPTA, walaupun sedikit berlainan tarikh exam, tapi tidak jauh berbeza. Jadi selamat berjaya untuk korang juga.

Wassalam wbt.

p/s: lepas final exam, sibuk dengan excibition Final Year Projek pula.

2 comments:

pamie said...

budak power datang dari UPM

Nawza said...

aku budak microelectronic r, bukan budak power macam kau.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons