Monday, 1 August 2022

Permulaan Selepas Empat Tahun Berkelana

 Assalamualaikum WBT.

Hampir empat tahun Hikayat ini dibiarkan sunyi tanpa ada apa-apa coretan. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak tinjau semula dan baca coretan-coretan lama. Bila baca semula coretan lama, mesti tergelak sendirian dan juga rasa kenapa macam tu penulisan aku dulu. Mungkin faktor-faktor usia dan tahap kematangan. Ada peluang untuk betulkan semula, tapi aku ras biar ia kekal sebegitu supaya menjadi satu kenangan terindah buat diri ini. Setiap entry/post yang di baca semula akan membuatkan kita teringat pada masa lalu termasuk keadaan dan sebab entry-entry itu dicoretkan dalam Hikayat ini.

Blogwalking, blogging, blog review dan pelbagai lagi acronym yang aku rasa 10 tahun dulu cukup popular, tapi mungkin semakin dilupakan kerana sekrang sudah terdapat pelbagai medium yang digunakan untuk kita berkongsi pengalaman dan apa-apa sahaja dalam media sosial ini.  Mungkin suatu masa nanti, blogspot ini sendiri akan di "shut down" seperti mana beberapa applikasi yang dahulunya cukup popular seperti Winamp, YM dan bermacam lagi.

Bagi aku, perubahan teknologi akan bergerak seiring dengan zaman, yang lama aku mula ditinggalkan dan dilupakan dan baru akan dikejar. 

Sebagai contoh macam aku la, hampir 4 tahun tak update apa-apa cerita dalam ni, tiba-tiba balik dari lunch terdetik nak bukak dan baca entry-entry lama. 4 tahun pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup ini, daripada baru mempunyai seorang cahaya mata, dan kini telah mempunyai tiga orang anak yang comel-comel dan bermacam ragam. Termasuk juga tempat kerja pun sudah bertukar.

Keluarga kecil aku

Seperti kebanyakkan orang, aku juga mempunyai beberapa akaun social media yang lain kononnya tak nak ketinggalan zaman. Kalau korang rajin boleh la follow aku dalam tiktok,intagram and FB.

TikTok : Nawza TikTok
FB : Facebook
YouTube : Nawza Channel

Insyaallah, aku akan cuba update blog ini  dari semasa ke semasa.

p/s : Kalau korang ada idea untuk aku update untuk entry yang akan datang, maybe korang boleh comment dalam ruangan comment.

Monday, 24 September 2018

Memang Rare...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiada apa yang dapat diungkapkan apabila tiba-tiba hati terdetik nak membuka blog yang sudah bersawang ini. Apa nak di coretkan masih tiada idea. Cuma hati terdetik untuk membukanya.

Agaknya masih ada lagi ke follower yang masih baca coretan karut marut aku ni? Kalau ada, nescaya korang memang rare...

Alright... Sekian Terima Kasih.


Monday, 16 October 2017

Kucing Sebagai Haiwan Peliharaan dan Keluarga

Assalamualaikum wbt...

Dari zaman bujang lagi, selalu sahaja bagi makan kucing-kucing yang datang rumah. Aku anggap semua tu kucing jiran walaupon jiran cakap dia pon tak tahu kucing sapa. Kadang-kadang kucing yang aku bagi makan tu bila dah besar memang cantik dan nampak segar bugar bulu nya. Tapi lepas tu mesti semua lesap. Tak tahulah hilang kene culik atau kucing-kucing tu berimigrasi. Kalau orang ambil, baguslah sekurangnya kucing tu ada tuan yang akan bagi commitments sepenuhnya menjaganya. Sebab aku pon hanya bagi makan time pergi dan balik kerja.




Selepas pindah rumah sendiri, barulah aku memberi full commitment untuk memelihara kucing sendiri. Bermula dengan 3 ekor anak kucing yang diberi orang, 2 ekor tidak sempat membesar selepas diserang virus pavo. Hanya seekor yang tinggal. Dan aku namakannya Puteh walaupon warnanya sebenarnya lebih kepada kepam.


Walaupon sudah ada Puteh, aku masih lagi meneruskan tradisi memberi makan kucing terbiar. Ada seekor kucng betina yang dahulunya beranak dibelakang rumahku, dan aku memberinya makan sehingga anak-anaknya sudah sedikit membesar. Tapi bila aku tinggalkan dalam seminggu cuti hari raya, anak-anaknya semua dah tiada. Hilang tanpa dikesan.

Selepas beberapa bulan, ibu kucing itu bunting lagi dan kali ini aku pastikan anak-anak dan ibu itu aku akan aku jaga penuh rapi. Melahirkan 4 ekor anak yang comel didalam mesin basuh rumahku adalah mengejutkan. Hampir aku basuh sekali anak beranak ni dengan baju aku.












Sekarang Puteh dah ada geng baru. Dah ada mangsa untuk dibulinya. Dan aku masih lagi belum memberi nama untuk anak-anak kucing ni. Kalau ikut aku senang je, ikut warna je.

P/s: next time aku share mengenai penjagaan dan badjet untuk pemakanan disamping alatan-alatan seperti sangkar dan pasir.

Nawza
16-October-2017
Samsung SDIEM

#berjinakjinakmembelakucing
#catlovers

Sunday, 20 August 2017

Hikayat Nawza || Yang Pasti Minyak Itu Memang Panas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa tahun dahulu, aku ada upload video di dalam youtube. Video mengenai seorang mak cik yang menggoreng pisang tanpa menggunakan sudip. Sehingga kini, video itu sudah mencecah 150K view. Kalau lah aku tahu, dah lama aku set kan MONETIZE kat page youtube aku. Video ni aku rakam sendiri semasa pameran MAHA di Maeps Serdang.

Dulu, Youtube suruh Monetizekan aku buat bodoh jer sebab tak faham natang benda apakah ini..

Ramai daripada commenter mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai video tersebut. Ada yang mengatakan mak cik tu sudah menyalut tangannya dengan chemical, ada yang mengatakan mak cik itu mempunyai ilmu yang tak semua orang ada. Tapi daripada pemerhatian aku, minyak yang digunakan adalah sama seperti yang kita gunakan di rumah semasa memasak. Dan aku terasa juga bahangnya sebab aku duduk paling hadapan semasa mak cik tu menggoreng pisang itu. Mengenai ilmu ataupun chemical yang digunakan, korang semua bolehlah tonton dan tafsirkan sendiri. Untuk mengelakkan pahala korang berkurangan, elakkan mengecam yer. Hahahaha....




Kalau ada Chemical yang selamat digunakan untuk jadi macam mak cik ni, korang share-share la info, boleh la aku guna. Senang nak goreng ikan kat rumah nanti.

Hikayat Nawza
20-August-2017
Slim River

p/s: korang jangan tak percaya aku boleh memasak.

Saturday, 19 August 2017

Revolusi Hikayat Nawza Dahulu Dan Sekarang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entry kali ini, Nawza nak berkongsi cerita mengenai diri sendiri. Almaklumlah hampir bertahun tidak mengemaskini Hikayat Nawza. Pelbagai perubahan yang berlaku selama 2 tahun ini. Jadi nak update la juga sekarang buat apa, kerja tempat yang sama lagi ke dan macam-macam lagilah.

Zaman muda-muda dulu
Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd masih lagi menjadi tempat Nawza bekerja. Sudah genap 5 tahun Nawza berkhidmat untuk samsung. Tak tahu kenapa tak ada company lain yang nak offer kerja baru. Tak lakulah kot gamaknya kat luar. Tapi tak apalah, Nawza layan sahaja kerja disini, cukup bulan amek gaji. Dan yang paling penting entry Nawza semasa mula-mula masuk samsung dahulu masih lagi dirujuk oleh mereka-mereka yang berminat bekerja disini dan yang mendapat tawaran pekerjaan di Samsung. Refer entry: Memasuki Alam Pekerjaan (Samsung SDIEM). Kepada sesiapa yang nak jumpa retis ni bila join Samsung, boleh ke Department Quality untuk minta sign Nawza yer.
Officemate semasa dalam Samsung Engineering Department (2012~2015)
Officemate terkini dalam Samsung Quality Department (2016-Sekarang)
Selain daripada perubahan tempat kerja, umur dan berat juga berlaku perubahan dengan seiring. Dahulu boleh dikatakan kalau kene tiup angin boleh tumbang, sekarang ni taufan melanda pon boleh rileks je redah. Biasalahkan bila sudah berumah tangga ni, kenaikkan berat badan dikalangan suami-suami adala normal. Dan ia juga dikatakan sebagai norma kehidupan dimana suami yang buncit adalah seorang yang hensem. Hahahaha. Jangan jealous.... Yer.... Nawza sudah berkahwin. Dan ini merupakan perubahan yang terbesar melibatkan kehiudpan Nawza. 

Zaman hingusan seorang mahasiswa

Hari Persandingan Nawza dan PermaiSuri Hati...

Action....Anddddd Cut!!!

Raja nak bersantap.

Hikayat Nawza bermula semasa Nawza seoraang pelajar di institut pengajian tinggi, UPM dan diteruskan semasa start berkerja sebagai pekerja kilang dan sehinggalah kini sudah berumah tangga. Apabila membaca semula entry lama, terasa blog ini seperti sebuah diari Nawza sendiri. Setiap entry yang keluar mengingatkan situasi semasa blog dikemaskini. Cara penulisan pon lebih matang dibandingkan dengan entry yang lama. Bila dibaca semula, seperti penulisan budak2 weechat.

Diharapkan Nawza akan sentiasa consistence dalam mengemaskini Hikayat Nawza ini. Jadi tunggulah entry yang akan datang.

Nawza
19-August-2017
Slim River


Friday, 18 August 2017

Berblogging... Masih Relevantkah Pada Masa Ini???

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah bertahun lamanya Nawza tak bermadah didalm blog ni. Hari ini tiba-tiba macam datang ilham untuk mengemaskini laman Hikayat Nawza yang boleh dikatakan hampir dua tahun tidak terusik. Selepas tamat zaman beajar di UPM aku boleh kira berapa entry sahaja yang sempat aku coretkan. Mungkin kerana kekangan kerja antara faktor berbloging semakin ditinggalkan.
Zaman bergetah masa awal-awal kerja kilang tahun 2012


MASIH RELEVANTKAH BERBLOGGING???

5 6 tahun dahulu boleh aku boleh lah juga dikatakan active sedikit berbloging. Dengan berblog ni aku kenal ramai orang kerana medium ini membuatkan kita secara tidak langsung membina networking antara blogger. Dahulu ramai blogger menjadi sumber rujukan aku untuk menambahkan ilmu dalam berbloging supaya menjana lebih banyak idea yang bernas (adeke???) untuk aku mengarang. Antara page bloger yang wajib aku bukak setiap hari antaranya ialah Ben Ashaari, Arif Shah, Zhulaikha, Jejari Runcing, RedMummy & ramai lagi...

Dahulu, blog dijadikan wadah untuk berkongsi pengalaman hidup, berkongsi ilmu dan pelbagai juga tips kehidupan dan berblogging juga dapat menjadi sumber pendapatan para blogger apabila meraihnya daripada pelbagai rangkaian iklan yang berbayar seperni nuffnang (Hah, klik la iklan-iklan nuffnang yang muncul di side bar page Nawza ni). Terdapat juga blogger yang melakukan perkhidmatan pengiklanan dengan mempromosikan sesuatu produk di sidebar page.

Muktahir ini, pelbagai media digunakan untuk mendapatkan sumber pendapatan selain daripada berbloging. Ramai daripadanya berpindah kepada youtube (Video), Facebook dan instagram. Sesebuah perniaggan untuk memasarkan produk dan jenama juga sudah semakin mudah. Adakah medium blogging masih lagi relevant digunakan pada masa sekarang? Masih adakah otai-otai blogger pada suatu masa dahulu masih lagi menumpukan hanya pada berbloging untuk menjana pendapatan?

Ramai daripada kita semua sedia maklum, terdapat juga blogger yang suatu masa dahulu sangat popular di media ini, diangkat menjadi model dan artis. Hanis Zalikha antara blogger yang cukup dikenali suatu masa dahulu sebelum menjadi artis. Anjakan paradikma yang dilakukan oleh beberapa blogger untuk memperluaskan kretiviti dan sumber pencarian pendapatan  semakin menjadi ikutan.

Objektif mendapatkan pendapatan tambahan yang tinggi seperti 5 6 tahun dahulu dengan berbloging aku rasa bukan lagi menjadi medium utama. Ramai daripada kita sudah berubah kepada media yang lebih mudah seperti Youtube, facebook dan instagram. Menghadilkan video pendek dengan view yang ramai juga boleh menjadikan sumber pendapatan jika dibuat dengan kaedah yang betul seperti Monetize video di youtube.

Rezeki Allah itu ada dimana-mana. Cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dan pastikan ianya dari sumber yang halal.


Sekian coretan Nawza yang dah lama x berblogging ni. Nantikan Entry yang akan datang.

Salam....

p/s: Mungkin entry akan datang mengenai Nawza dahulu Vs sekarang...

Tuesday, 13 October 2015

Sekapur Sirih Hikayat Nawza



Assalammualaikum wbt…
Bukan main tajuk entry terbaru aku ni. Almaklumlah dah hampir setahun tak diupdatenye hikayat ni. Berharap dengan entry lama sahaja selama ni. So setelah sekian lamanya tak berceloteh, tiba-tiba perasaan nak mengupdate ni datang. So ape lagi, aku bukak laptop dan sekian untuk entry kali ini,.
Adalah jilake kalau ending entry aku setakat itu sahaja. hurm…Ape aku nak coretkan ni??  Oklah, aku berikan sikit statistik keadaan log aku untuk sebulan ni. Ini untuk membuktikan kehadiran mereka-mereka yang telah terkena spam untuk tersengaja singgah di Hikayat Nawza ini. Kesian kepada sesiapa yg terkena spam tu. Oleh itu aku nak share sikit mana dtg pembaca selama setaun aku x update HN ni.
1. Melalui URL/Webpage.
Nampak tak, Google antara penyumbang ter..ter…tertinggi pengunjung Hikayat Nawza. **Badjet macam berjuta. Selain dari Google, Facebook juga menyumbangkan pengunjung ke HN. Alah, kalau aku share kat FB, xlari dalam 1000 org friend aku tu bukak jap tengok ape yang aku share. Siap diorang Favorite and share lagi. Erh…mane kuasa tweeter ni??? Aku kena buat spam kat twitter lepas ni. Post n tweet bnyak2 kali Sitinye tweet ke lepas tu share URL kat Azwan Ali mungkin… Alamatnye kene hina dan maki jadi warga neraka la dengan dia. hah… Kau jangan buat main dengan jantan jadian tu. Naya bak hang….


2. Masuk melalui “Keyword”
Selain HikayatNawza.blogspot.com itu sendiri, keyword tempat kerja aku SDIEM ataupun Samsung menjadi antara keyword yang paling ramai orang search dan masuk. Aku tau dah, kebiasaannya orang-orang ni nak cari alamat samsung (Kebiasaannye pekerja sdiem sendiri, padahal kat tag ade dah), dan mereka yang dipanggil interview. Untuk yang nak datang interview tu, memang aku kesianlah pasal informasi pasal SDIEM ni memang sangat sedikit kalau google. Tu pasal kot ramai yang terpaksa singgah ke HN ni. Mungkin next time ku akan buat overall mengenai Samsung dan termasuk cara kerja disini.


3. Entry /Posts Paling Popular.
Macam yang dijangkkakan, entry mengenai Samsung adalah menjadi entry terbanyak mendapat view dari para follower dan blogger dan juga hasil drpada xtvt spammer. Kalau korang nak singgah boleh klik http://hikayatnawza.blogspot.my/2012/09/memasuki-alam-pekerjaan-samsung-sdiem.html . Entry ni masa aku mula-mula aku join samsung dulu. Kiranya masa dapat 1st job dulu lah…Semuanya indah belaka. Hahaha. Sekarang pon masih ade lagi keindahannya. Kalau tak, takkan lah aku masih lagi bertahan disini.


Ok. Setakat ini sahaja kot. ..
Salam....
p/s: Simple mistake I have been done at SDIEM this week…..So frustrated. Demn!!!


Monday, 10 November 2014

Hikayat Berbahasa Tinta

Assalammualaikum wbt…

Mengarang hikayat adalah lebih mudah untuk aku mengekspritasikan apa yang aku fikirkanm apa yang ingin aku luahkan dan apa yang aku mahukan. Kadangkala sesuatu yang kita inginkan atau tunjukkan tidak dapat dizahirkan melalui kata-kata. Untuk mencari pendengar yang memahami setiap bait yang dikatakan sangatlah sukar walaupun segalanya mungkin dibumi ini.

Halatuju dan keinginan setiap insan adalah pelbagai mengikut peringkat umur, peringkat pembelajaran dan juga di peringkat usia. Di usia zaman persekolahan rendah, menjadi yang terbaik dikalangan rakan seusia adalah satu pencapaian yang diimpikan semua. Tetapi di definasikan “terbaik” itu dapat dipecahkan kepada kepelbagaian makna mengikut setiap insan itu sendiri.Terbaik daripada pembelajaran kah?? Terbaik dari segi kebendaankah? Ataupon terbaik dari segi pangkat atau uniform sekolah berwarna biru yang dipakainya.

Berada di persekolahan menengah, membawakan satu perubahan yang semakin kontra dengan kehidupan dan keinginan semasa di peringkat sekolah rendah. agi yang masih leka tidak akan terfikir untuk mencari-cari keinginan sebenar untuk dirinya. Hanya mereka yang celik sedar akan hala tuju yang harus dicari diperingkat ini. Keinginan untuk berjaya pasti sudah berputik didalam hati walaupun kejayaan yang dilihat hanya sekadar A di kertas peperiksaan tanpa dapat menterjemahkan apa yang akan dihadapi dan harus dihadapi selepas itu. Umpama ada tembok yang menghalang bagi majoriti daripada mereka mengenai kehidupan mendatang. Hanya segelintir yang dapat memecahkan tembok yang menghalang pemikiran dan keinginan daripada berubah menjadi lebih rialistik.

Semakin jauh berjalan, semakin banyak pemandangan yang dapat dilihat. Belajar dari kesilapan lampau, menambah baikkan kelemahan diri membuatkan kita teguh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu dibayangi takut atas kelemahan diri. Hidup bekerjaya adalah satu fasa dimana setiap orang akan melakukan anjakan paradigma  tanpa disedari. Walaupun serendah mana kerjaya itu. Keinginan dan kemahuan adalah lebih rialistik tanpa sedar akan kebolehan dan kelayakkan. Segalanya berkemungkinan bila halatuju dan pecutan yang dikenakan kena pada tempat dan waktunya. Cuma sedikit tenaga diperlukan untuk mencucuh pergerakkan pertama.

Tanpa didahului dengan langkah pertama, tidak mungkin segala hajat dan impian dapat di jangkau. Cukup sekadar angan-angan ditanam, pasti ia dapat menjadi pencucuh untuk menggerakkan jentera jiwa mencapai keinginan itu.

Hikayat berbicara…

Nawza…

Sunday, 7 September 2014

Ceritera Cinta…

Assalammualaikum wbt…

Nowadays jemputan kenduri kawin semakin menjadi-jadi, dan membuatkan aku terpaksa Off-Duty untuk bekerja pada hari sabtu dan ahad. *Alasan. Ini membuatkan boss aku juga sangatlah berbulu dengan sikap aku… Tapi apakan daya,bukan selalu yedok? Kepada kawan-kawan yang baru sahaja selamat mendirikan masjid tu tahniah. Aku doakan semoga kekal berbahagia ke akhir hayat. Sila bekerja keras untuk mendapatkan anak yang comel lote yer…

Selain meraikan Raja Sehari, peluang bertemu sahabat handai adalah antara peluang yang diambil semasa menghadirkan diri ke kenduri kawen, lagi-lagi kawan se Universiti ataupun sekolah. AL maklumlah, ramai sudah membawa haluan sendiri dengan kerjaya masing-masing dan time ini sahaja mempunyai peluang untuk berborak sakan.

Last but not least, Entry kali ini aku sudahi dengan ucapan.

Selamat Pengantin Baru…

image

image

Friday, 15 August 2014

PERASAAN…

Assalammualaikum wbt…

Bila hati berbicara, tak akan sesiapa yang dapat mendengarkannya melainkan-Nya. Lebih la mudah jika aku menginteprestasikan hati yang berbicara dengan tulisan di alam maya semoga anda dapat turut serta bersama suka dan duka…

*********************To Be Continue****************************************************

Hahhhh… CurrrLiii kau Maria Sharapropaaaaa!!! Bermadah helah mak jemah Uolzzzz… Ulps, terlebih sudah… Sesekali nak merepek apesalahnye kan?? LAgipon #nuffnang bayar aku setiap bulan beribu ringgit *tipuu untuk aku merepek kat blogspot ni la. Kang kalau aku tak mengupdated, dikatanya pula makan gaji bute..

TAjuk entry aku yang kononnye penuh dengan pengisiannya tapi sebenarnya idok. Semua ini penuh dengan hawa nafsu aku yang rasa nak menaip ape yang terlintas di fikiran. At least tak ada sapa nak larang pasal belum lagi ada undang2 yang mempiawaiaankan kaedah-kaedah berblogging. “Perasaan” menjadi tajuk kepada entry kali ini. Pemilihannya seperti yang aku kata kan sebelum ini, apa yang terlintas dalam kepala hotak aku, akan aku typekan terus,,,

Apa-apa pun pelbagai jenis perasaan yang berkecamuk dalam hati ini. Ada perasaan gembira, duka dan kepelbagaian lagi. Daripadasoal kerja sampailah kepada kehidupan peribadi… Tapi sekarang dah tak berapa peribadi pasal aku nak terjemahkannya didalam alam maya.*macam ade orang nak baca….

Antara perkara yang berpusing di dalam kepala ni:-

1. Sampai bila nak kerja tempat yang sama… Menghadap masalah yang berulang seperti yang tiada kesudahan. Tapi kalau ade kesudahan tak ada kerja pulak nanti.

2. Nak mencari peluang pekerjaan di tempat lain, tapi sangatlah malas nak menghupdate resume and pergi interview. Tak ada ke call interview jer, lepastu terus dapat result…Hahaha.

3. Bilalah berpeluang simpan duet yang cukup untuk kahwin. Nampak macam bank loan seperti keperluan yang mendesak untuk pemuda sekarang mendirkan rumah tangga. Gaji tak besar mane poit…Annually kenaikkan pon seratus…Sepuluh tahun barulah ade beza 1K.. Memang alamat nye kena cari kerja lainlah.Tapi macam aku cakaplah…Penyakit MALAS…

4. Dulu rajin jumpa kawan2 lepaking sesama, tapi sekarang kekangan kerja menyebabkan aku selalu je ketinggalan dalam aktiviti sosial dengan sahabat2… Semua disebabkan Samsung bengong!!! Ramaidah kawan-kawan yang mungki dah terasa hati. Sorrylah geng, bukan korangje yang aku tak dapat nak jumpa, balik kampung sendiri pon jarang sekali…

5. Aku rasa nak tido sekrang…..

Bye2….

p/s: ENding entry kali ni anti klimaks….hahaha

Sunday, 15 June 2014

Part 2: Kembara Di Korea Selatan (Independent)

Assalammualaikum wbt…

Hah… Korang jangan terkezutt pasal akhirnya aku berjaya menyambung entry terhadap kesinambungan daripada penceritaan aku pada Part 1 yang lepas… Hah…korang tengok…Disebabkan korang lah aku berjaya mengupdate untuk part yang kedua walaupon sebeum ni ada sejarah itam yang pernah aku katakan sebelum ini mengenai entry aku yang bermula dengan Part 1, dan berakhir di Part 1 jugak..Dalam erti kata lain mungkin entry itu hanya PAUSE di situ buat sementara waktu… Apa-apa pon aku nak teruskan dengan sambungan cerita aku berkembara di bumi Korea Selatan.

Pada minggu kedua ini, aku dan dua orang lagi member lelaki berhajat untuk melencong merayau di Kota Seoul bersama-sama tanpa bantuan rakan sekerja yang dulunya menuntut di Korea… Nampak tak ke Gentleman aku kitorang kat situ. Pada mulanya diorang ajak juga pergi kesana bersama, tapi kitorang merasakan adalah tidak berapa manis untuk menumpang rumah orang untuk dua minggu yg berturutan… Hah.. Tengok, ade gak perasaan pemalu aku ni..sesuai lah kalau korang yang single minggle nak masuk meminang aku… *tak Salah perempuan meminang lelaki ye tak????

Pada mulanya kitorang agak mushkil untuk merayau ke Seoul bertiga, tapi aku katakan bila lagi nak mencuba sendiri berjalan di tempat orang… Kalau tersesat tu biasalah lah pasal belum biasa dengan tempat orang.. Dan lebih membuatkan kami lebih confident ialah system pengangkutan di Korea adalah sngat AWESOMEEEEE!!!! hanya pastikan Metro Card (*mcm Touch & Go Card) ada balance, than kite boleh naik semua jenis pengangkutan di sana terutamanya train. Memang terlalu banyak line dan semua tempat menarik yang kita nak pergi di Seoul ada route keretapi. Kiranya kalau korang jalan-jalan than sesat, korang cari jelah Metro Station, dan cari semula station yang korang familiar.

Panjang pulak mukhadimah aku kali ni. Ok. Minggu ni kitorang ke Seoul seawal 8:30Pagi. Kami begerak ke Samsung dengan bus samsung yang disediakan secara berkala, dan dari samsung kami menaiki cab untuk ke Cheonan Metro Station.Tapi sebenarnya bas yang membawa kitorang pergi ke kilang tu akan terus ke Cheonan Station selepas itu, tetapi disebabkan tak tahu, kitorang turun di Samsung Station dan naik Cab ke sana. *pepatah melayu ade berkata “Malu Bertanya Sesat Jalan”.

image

Hah.. Di Cheonan Station ni ade sikit cerita, sampai-sampai sahaja kitorang check dan reload amount untuk Metro Card dahulu sebelum mencari platform untuk menaiki train. Di Metro Station, kadang-kadang senang terkeliru dengan No Platform dan No Line… DI Korea terdapat lebih kurang 15 Line Train. Korang hanya perlu tahu Line apa yang korang kena naik. Kadang2, Train untuk Line 4 bukannya berada di Platform 4 sahaja, tapi ia mungkin berenti di Platform 8… Macam Kes kitorang, mula-mula follow signboard, tapi rasa macam pelik jer, so kami bertanya dengan orang yang berada di Kaunter Pertanyaan. Dan dia kata Platform 8… Daripada kes ini, baru kitorang faham serba sedikit tentang system subway di Korea ni. dan lebih mudah, korang boleh mendownload aplikasi Android untuk perkhidmatan Train di Korea. Korang hanya search sahaja naik train dimana dan ingin turun kemana, automatik aplikasi ini akan tunjukkan kat mana korang kene turun, bertukar train bagai dan lebih menarik aplikasi ini tunjukkan masa train berlepas dan menunjukkan pilihan route untuk ketempat yang ining dituju. *korang search jelah kat Playstore “MetroidHD” aplikasi ni.

image

Tak silap akulah, 1st Station kitorang turun adalah di Myeongdong-Station. Sampai disana, kitorang jalan-jalan di Myeondong Street… Lebih kurang macam Petaling Street la kalau kat Malaysia. Waktu ni aku banyak servey harga barang pasal ramai member2 dan family tempah pelbagai barang. Terutamnya barangan kosmetik. Di sini memang bnyak kedai-kedai barangan kosmetik macam Body Shop, Skin Food, NAture Republic dan bermacam lagi. Yang lebih menariknya, kalau beli barang kat sini mesti dapat banyak gila sample free. Yang penting kebanyakkan sample tu yang memang jenis standard diorang jual. Kiranya ikot diorang capai-capai untuk bagi korang. Antara paling banyak barang aku belikan untuk orang ialah FAce Mask.. Orang pesan pasal kata kat sini harga agak murah. Tapi aku pon tak tahu harga pasaran di Malaysia berapa pasal aku tak pakai bende-bende macam ni, jadi aku beli sahaja ikot quotation.

image

image

Selain itu, kami ada juga masuk di Pasaraya besar di Seoul contohnya Shinsege. FYI pasaraya ini pemiliknya adalah Samsung. Tu malas nak cerita pasal samsung ni, kalau aku cerita tak cukup ruang nanti. Secara Amnya, Samsung ni bukan hanya sekadar manufacturing Industri sahaja, tetapi bnyak lagi bidang yang dipelopori oleh Samsung.

image

Aku pon terpaksa membeli sebijik luggage baru untuk hand carry bawak masuk flight pasal barang-barang untuk dibawa balik dah tak tercukup dengan hanya satu bag. Bag ni aku beli di Myeongdong kalau tak silap. Itu pon selepas dapat sehabis murah dengan ada uncle Korea ni… Untuk gambar dibawah ni aku dah malas nak ulas. Korang tengokjelah watermark untuk mengetahui location gambar di ambil. Tapi mungkin ada location yang tersilap. Pasal aku pun dah ingat-ingat lupa.

image

image

image

image

image

image

image

image

Cukup sampai disini untuk Part 2. korang tunggulah untuk part yang seterusnya…

Wasalam…

p/s: Penat jugak nak recall activity kat korea… Banyak benda yang dah lupa…

 

Tuesday, 3 June 2014

Part 1: Kembara Di Korea Selatan

Assalammualaikum wbt…

Korang nampak tak permainan tajuk entry aku kali ni?? Hah, kalau korang perasan dulu pon aku penah buat tajuk part-part ni… Tapi sampai kesudah tak ado part 2 nya… Tapi kali ni aku cuba sedaya upaya untuk menghabiskan penceritaan ini sehingga ke part yang terakhir. Termasuk juga spare part.

Macam aku cakap di entry sebelum ini, aku akan ceritakan keseronokkan aku semasa berada di korea untuk perkongsian bersama kita semua… *kunon macam ade tips pelancongan badjet…

image

Untuk memudahkan korang memahami bebelan aku ini, aku mention lah awal-awal setiap part menceritakan pengalaman 1 minggu aku beseronok. Contohnya kalau ada sambungan part 2, itu bermaksud penceritaan untuk minggu ke-2 aku di Korea. Harap korang semua tak adelah yang dungu sangat macam aku sampai susah sangat nak paham. Kalau tak faham juga, korang pm aku jelah yer…Sila bertanya di ruangan comment di bawah…

Kali pertama dapat keluar berjalan selain daripada pergi-balik dari kerja adalah ke sebuah shoping mall yang letaknye beberapa km daripada Samsung SDI di Cheonan. Aku dan member sekerja berjalan kaki ke sana… Nampak tak bertapa gayat nye aku??? Pergi shoping mall pon dah jakun… Macam manalah tak jakun nak habaq kat korang, dah hari-hari naek bas pergi-balik kerja je… Sekali dapat besiar-siar sendiri, memang jakunlah jugak… Dalam otw ke shoping mall tu, adelah beberapa keping gambar sempat aku dan member yang lain snap2… Padahal pergi E-Mart ni tak ada beli apa pon. Usha-usha barang jer.

imageimage

imageimage

Lebih superduper happy bila member yang sama training tau selok belok korea ni pasal study di sini, Anis, Izzati dan Zati nama diorang.*Kasi sikit penghargaan nama disebut dalam blog yang meletopsss ni. Jumaat selepas habis waktu kerja, kami terus naek bus daripada Samsung Cheonan ke Seoul. Baju semua memang dah siap-siap packing masa pergi kerja pagi tu… Penginapan malam tu pula , aku dan lagi  2 orang member lelaki menumpang di rumah budak Malaysia yang belajar kat sana dan diorang ni junior si Anis.

Perjalanan ke Seoul mengambil masa lebih kurang 2 jam jugalah. Disebabkan jarak yang jauh kitorang pergi ke Seoul hari jumaat, supaya sepanjang hari sabtu kami dapat meluangkan masa yang lebih di Seoul. Sepanjang di Seoul, si Anis, Izzati dan Zatilah menjadi Tour Guide aku dan member yang lain. Pasal diorang sudah biasa dengan Seoul dan boleh berbahasa korea… Sampai sahaja Di Seoul, kami dibawa berjalan dibeberapa tempat yang menarik di Seoul. Kiranya macam Pre-Visit la… Aku Share gambar-gambar kat bawah jelah.

imageimageimageimageimageimage

Dan ke-Esokkan harinya… *Nampak tak aku malas dah nak menaip, aku bagi gambar je…

imageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimage

Oklah…. Cukup kot gambar-gambar tempat yang aku lawati sepanjang minggu pertama di Korea. Caption tempat tu tak larat nak buat untuk semua gambar. Esok kerja cik kak oi… Ari dah lewat ni aku tak tido lagi…

Salam…

p/s: Part 2 aku rasa lebih kurang sama je tempat nye… Tapi sedikit pemandangan yang berbeza…

 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons