Wednesday, 5 September 2012

Memasuki Alam Pekerjaan (Samsung SDIEM)

Assalamualaikum…

Entry ini bukanlah tutorial untuk mereka-mereka yang ingin mendapatkan tips untuk mendapatkan pekerjaan, tapi ianya lebih kepada perkongsian mengenai pengalaman aku mendapatkan pekerjaan.

Seperti semua fresh graduated, adalah menjadi satu kemestian dalam setiap diri masing-masing  sama ada mereka sudah bersedia untuk bekerja, adakah boleh bersaing untuk mendapatkan kerja dan adakah akan menjadi penganggur untuk jangka masa yang lama. Sebegitu juga aku, memang risau kalau aku gagal untuk mendapatkan pekerjaan dengan cepat selepas tamat belajar. Cepat bagi aku bermaksud, aku haruslah mendapatkan pekerjaan sebelum hari convocation.

Jujur aku nyatakan, aku bukanlah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang bijak. Diantara kosmate aku semua pon, aku rasa aku antara yang terkebawah resultnya. Disebabkan oleh faktor itu, aku merasakan peratusan untuk mendapatkan kerja amatlah sedikit kalau nak dibandingkan rakan yang lain. Dan aku memang berazam aku sebat apa-apa sahaja kat depan mata. Mana yang dapat, akan aku pergi juga walaupun gaji tak banyak, pasal aku sedar yang aku tak boleh nak demand lebih dngan result yang aku ada dan juga status aku sebagai fresh grad yang tak mempunyai pengalaman kerja yang lama.

Interview pertama aku pergi semasa di UPM. Itu pun semasa career fair yang berlansung disana. Semasa interview tersebut, aku dikehendaki menjawab soalan yang boleh dikatakan macam soalan final exam. Aku mengambil masa hampir sejam juga untuk menjawab semua soalan itu. selepas itu barulah sesi interview.

IMG_20120526_183932

Interview kedua aku pula kat SONY bangi. Itu pun sekadar walk-in interview, dlm 5 6 min jer. Memang aku rasa aku tak dapat, pasal aku pun tak tahu apa yang aku cerita masa interview tu. Tapi aku jadikan itu sebagai pengalaman untuk aku tambah baikkan pada interview akan datang.

Semasa final exam pula, aku mendapat tawaran interview yg ke 3, di senawang. Memang kilang tu aku memang nak sangat kerja kat sana. Semasa sesi interview, aku dapat merasakan kali ini aku perform better dari sebelum ni. Tapi aku still gagal untuk memenangi hati interviewer untuk mndapatkan kerja disana.

Semasa bulan ramadhan, aku mendapat satu panggilan untuk 1 program dngan kerjasama JPM. Selepas selidiki dan berbincang ngan ada sorang member aku ni, aku rasa baik aku join sahaja. Sekurangnya dapat juga allowance selama 8 minggu program tersebut. Boleh juga dapatkan duet untuk berkonvo nanti. Hari-hari aku dan member ulang alik dari n9 ke KL untuk join program tu.

20120806_15275520120806_15273520120806_13123520120802_091237

*gambar di atas untuk kursus GCAP yg sempat aku join seminggu..kat sana jumpa kosmate yang lain pon turut sama join program tersebut.

Mungkin berkat kesabaran aku n member, kitorang dapat panggilan interview bersama di SAMSUNG SDIEM seminggu selepas kami join program G-CAP di KL. Seingat aku interview dijalankan pada hari jumaat di SAMSUNG SDIEM Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Mungkin ini rezeki kami, aku dan member diterima untuk bekerja di samsung setelah pihak SAMSUNG SDIEM call 3 hari selepas interview.

20120826_01133120120809_185200

So sekarang, aku jadikan SAMSUNG SDIEM sebagai titik permulaan untuk aku melayari alam pekerjaan.MUngkin aku akan bekerja lama disini untuk menimba pengalaman, dan mungkin juga sampai ke anak cucu jika masih relevan aku bekerja disana.

So, kesimpulannya aku terpaksa doublekan usaha aku berbanding rakan-rakan yang result jauh lebih tinggi dari aku. Antaranya, rajin pergi ke career fair, kalau ada interview jangan lepaskan peluang, drop resume ke company-company berhampiran (tidak memilih sama ada company famous or tidak) dan yang paling penting tidak memilih pekerjaan. Just grab apa di depan mata. Kalau korang rasa nak memilih, kenalah cerminkan diri dahulu, dan kalau sudah pasti anda layak untuk demand or memilih pekerjaan yang sesuai dengan qualification korang, just go on…Semua ada hak untuk memilih untuk menentukan masa hadapan masing-masing.

Oklah. Aku rasa aku dah terlebih type ni. Ingat nak buat simple entry jer. Tapi itulah, bila dah start menaip, bukan main seronok menggoreng. Jumpa di entry akan datang. Esok kejo poik..

Salam wbt.

p/s: Aku rasa lepas ni nak buat entry pasal rumah sewa aku nilah…

Monday, 3 September 2012

Aidilfitri 2012…

Assalammualaikum wbt…

Kali pertama aku rasa aku kotakan janji aku semalam pasal aku nak update blog malam ni… Kalau tak selalunya dua minggu sekali pun payah untuk aku update. Macam manalah nak jadikan blogging ni sebagai side income. *berangan~~~~

Raya tahun ni, aku cuti sekejap je kalau dibandingkan raya sebelum ni pasalnya pada raya ke-4 aku dah start kerja semula. Pertama kali aku rasa bekerja di hari raya.*urghhhhhhhhh, statement poyo, macam kerja seperti kakak jaga tol pada pagi hari raya pertama. Pasal kerja pula, nanti aku cerita di entry yang lain pula yer. Untuk kali ini aku nak share pasal raya 2012 aku.

Secara ringkasnya semua adik beradik 9 orang balik rumah. So riuh jugalah bila ramai-ramai ni. Lagi-lagi dengan berbelas anak buah aku bila semua ada. Naik rimas aku kadang-kadang. Kalau yang jenis bega-bega ni memang selalu lah aku jeritkan. Untuk raya tahun ni, secara hormatnya status aku bukan lagi sebagai pelajar macam tahun-tahun sebelum ni, tapi bertuahnya aku pasal ada gak insan baik hati bagi aku ang pau raya. Oklah dari tak ado ken..

20120819_100129

20120819_10363620120819_10364920120819_10152820120819_10351520120819_10141220120819_10125420120819_10263020120819_10100620120819_10080220120819_10074820120819_10071120120819_100641

IMG_20120818_182153

20120819_09575920120819_12270220120819_10122020120819_100508

Kat atas ni semua gambar family aku. Ada juga aku beraya ngan kawan-kawan sekampung. Tapi tak banyak gambar yang aku ambil. So bolehlah korang tengok gambar kat bawah ni. Manalah tahu ada kakak dan adik-adik nak berkenalan dengan salah seorang.

20120819_22522220120819_23525920120819_23084320120819_233352

Di akhir kata, walaupun agak terlewat sikit aku nak juga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca Hikayat Nawza ni dan juga selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita Malaysia yang tercinta untuk kali yang ke 55.

oklah, setakat ini entry untuk kali ini…Nantikan entry-entry aku yang akan datang. Mungkin pasal kerja baru aku pula…

Salam wbt…

p/s: hopefully gaji bulan ni aku boleh menyimpan sikit….

Nuffnang Sepantas Kilat…

Assalammualaikum….

Ini merupakan entry sebelum aku tido… Saja nak share kegembiraan ati ni. Masalah pasal burung biru yang aku updated siang tadi dapat diselesaikan dengan bantuan cik zulaikha. Dan ada satu lagi ialah status glitterai aku ngan nuffnang. Sesiapa yang berblogging dan menggunakan nuffnang sebagai medium pengiklanan mesti faham dan tahu apa pentingnya status glitterati tu.

So, siang tadi aku check status aku dah berubah kepada non-glitterati members. So dengan serta merta aku menghantar ticket aduan kepada nuffnang minta dipulangkan semula status tu. Dan baru tadi aku check tengok status Glitterati sudah dipuangkan…yahooooo…tq nuffnang kerana pantas mengembalikan status itu…

image

Jumpa di entry akan datang yer..mayB pasal raya 2012 pula…

Salam wbt…

p/s: alhamdulillah…selesai sudah beberapa perkara..

Sunday, 2 September 2012

Masalah Dengan Burung Biru…

Assalammualaikum wbt…

Entry kali ni aku nak mntak bantuan korang yang menggunakan perkhidmatan burung biru ataupun yang tahu macam mana nak perbetulkan masalah besar yang aku tengah hadapi ni.

image

Masalahnya, sebelum ni aku menggunakan id twitter yang lain. Semenjak aku menukar kepada @akulah_iwan , aku dah tak tahu macam mana nak ubah link kat gambar burung ni pasal dah lama dah letak si burung biru ni. Kepada sesiapa yang pakar dengan html ke, ape2 yang berkaitan dengan bahasa perkomputeran ni harap boleh membantu aku. Aku dah try cari kat html dlm dashboard blogspot aku tu, tapi tak juga jumpa….

Hopefully ada insan2, yang dapat membantu aku selesaikan masalah yang dah bekurun aku hadapi ni. Ok…Chow dulu….

Salam wbt…

p/s: jgn korang follow pula buat masa ini melalui burung biru 2, aku pun tak tahu sapa punya account…

Saturday, 1 September 2012

Terjebak Dengan ZALORA...

Assalammualaikum wbt…

Zalora???jgn tipulah kalau korang tak pernah dengar nama ni. Kalaulah betul korang tak pernah dengar pasal zalora ni, mungkin rumah korang tak ada tv, tak pun channel TV3 tu. Bersepah iklan-iklan dia kat tv dan juga kat website. kalau korang tak ingat atau buat-buat tak ingat, nah aku tunjukkan video iklan tu kat bawah ni.

Secara ringkasnya ZALORA ni merupakan website untuk membeli belah secara online. Bukan untuk wanita sahaja, tapi juga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Tapi seperti biasalah, kalau dah secara online ni, kenalah berani menanggung risiko ketidak sampaian barang ni. Kalau korang try google pon akan jumpa, dah memang ada bloger yang dah update kat blog dorang dan katakan dia sudah tertipu. So itu ikut kebijaksanaan dan keberanian seseoranglah.

Memandangkan aku ada 1 kad bank mastercard yang di dalamnya ada balance lebih kurang RM50, So aku trylah purchase 1 product kat ZALORA ni. Sebenarnya kad aku tu dah patah dan kalau aku nak dapatkan kad yang baru aku kene bayar RM50 untuk penggantiannya. So, untuk menghabiskan baki yang masih tertinggal, aku tryjelah kat Zalora ni. Klik….klik…klik…. adelah kasut yg beharga 40 hengget,,,bodoh2 je kasut dia aku tengok. Katanya dalam tiga hari bekerja sampailah kasut tu. Kalau tak tertipu, bolehlah aku jadikan tu kasut aku pergi kerja…

image

Lebih kurang macamnilah kasut dia….hahahaha..

Ok…chow!!!!

Salam wbt.

p/s: cantik ke tak, pakai kat kaki jugak…sampai tempat kerja masuk dalam loker.

Sunday, 26 August 2012

Ramadhan 2012

Assalamuallaikum wbt…

Mesti korang pelik apasal aku updated benda yang dah lama lepas. Dah masuk syawal baru aku terhegeh-hegeh nak update pasal ramadhan…. Oklah, bukan ape, hari tu aku xde masa nak update pasal buffet ramadhan yang aku dan member-member aku pergi masa bulan puasa hari tu. Kalau korang baca entry aku sebelum ni mesti tau yang aku ada update blog tuk promote tempat tu. So akhirnya aku berjaya juga mendapatkan discount 50% untuk 5 orang. Tak perlu nak cerabeh banyak-banyak, aku update gambarnya sahajalah pasal lepas ni aku nk citer pasal raya pula…

20120807_19553220120807_19263520120807_19261220120807_19180720120807_19175720120807_192046

20120807_19573020120807_21135020120807_21240720120807_21131920120807_21242020120807_212332

Ok jumpa di entry Raya selepas ini….

Salam wbt…

p/s: internet pakai plan hari2 jelah..nanti dah berduet baru aku masuk unifi terus umah sewa ni…

Saturday, 4 August 2012

Promosi Buffet Ramadhan Semanis Aroma


Assalamualaikum wbt...

Hikayat beroperasi lagi setelah hampir sebulan ditinggalkan. Memandangkan semua dalam mood berpuasa dan kita juga sedang berada di bulan ramadhan, so macam biasa lah entry aku kali ini mengenai bulan puasa la, atau lebih tepat lagi mengenai berbuka puasa. 

Hari ini, aku gigihkan diri dari Nilai ke Serdang untuk berbukabersama member. Dengarnya nak belanja, tapi tempat pon tak decide lagi. Setelah beberapa pertanyaan dilakukan kepada En Google, aku jumpa satu tempat yang memang selalu aku pergi, tapi bukan time bulan poselah. Iaitu Semanis Aroma Buffet. So ada pulak promosi dia buat kepada sesiapa yang telah promosi tempat ni, so boleh dapat 50% diskaun.
So dibawah antara detailnye yer...



 Copied from Ramadhan Buffet MAEPS@fb : Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini juga amat menarik dengan sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor, Tandoori Fish dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan. 
Perkara : Hidangan Buffet Ramadhan
Tempat : Dewan Banquet UPM
Dibawah kendalian : UPM Holdings
Tema : Semanis Aroma
Tarikh : 23 Julai – 17 Ogos 2012
Masa : 6 ptg – 10 malam
Harga : 
Dewasa;
RM 49.50 nett
 
Kanak² (7-12 tahun)
RM 24.50 nett;
 
Hidangan istimewa : Kambing panggang dan ikan panggang, setiap hari
Hidangan Hebat : BBQ Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Ikan, Daging, Sosej dan banyak lagi
Info lain : Lebih 200 jenis makanan dan boleh menampung sehingga 1500 pax sehari
No Telefon : 012-3903191 / 012-3131091 / 012-3825091 / 012-3849091

Friday, 20 July 2012

Hari Akhir di UPM

Assalammualaikum...

Tak pandai nak diluahkn dngan kata-kata, tapi lebih mudah digambarkan dengan hikayat sahaja. 4 tahun di UPM telah memberikan aku 1001 macam pengalaman yang tak mungkin aku dapat di mana-mana. Pengalaman manis bersama-sama kawan sepanjang si UPM akan sentiasa berada di dalam benak sanubari.

Kepada semua rakan, jika sepanjang 4 tahun kita berkawan aku ada terlebih kata, terkasar bahasa n apa2 sahaja yg teguris hati kalian harap dimaafi. Diminta juga dihalalkan makan dan minum yang di belanja memandangkan aku ni selalu mengepau korang.

Kepada rum8 aku paan(kalau dia bacelah), selama 4 tahun kita sebilik aku nak mntak halal segala2 yang aku teramik n kadang2 aku amik je barang ko. Macam ubat gigi, wexrambut,minyak rambut, A4 PAPER, ink printer, air mineral ko, duet syiling atas lantai yg ko n aku pon xtau sapenye pasal bnyak sngat besepah atas lantai bilek kite, n xkurang jugak aku selalu pau ko even benda kecik macam air tin, roti n mcm2 lg la...Tq pasal sudi jadi roommate aku 4 tahun n xcube untuk betukar roommate walaupun aku tau jauh di sudut ati ko nk sebilik ngan pakcik...(just kidding,sorry uncle ensem)

N last skali kepada semua amnya..selamat berpisah..bye2..

Salam wbt.

P/s: nak g breakfast..sempat type tuk rum8 jer.bdk2 ni nk cepat plak..




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons