Sunday, 9 June 2013

Walimatulurus & Gathering UPM Classmate

Assalammualaikum wbt…

Kenduri kawin kawan-kawan secara tidak langsung kebiasaannya akan menjadi perjumpaan tidak rasmi antara kawan yang sudah lama tidak bertemu. Jumlah yang sedikit ramai akan membuatkan kita merasakan ia seperti small gathering disamping untuk bersama meraikan rakan yang baru sahaja selamat mendirikan Masjid. Alhamdulillah…..Taniah kepada sahabat kita seorang yang sudah masuk ke alam perkahwinan.

20130608_144736

Tahniah diucapkan kepada Nadzwan dan pasangan. Semoga mahligai yang dibina berkekalan ke anak cucu. Dan mungkin lepas ni akan di ikuti oleh brader baju hijau belang diatas dan bekas roomate nye.. *Sudah berani yer mempertontonkan bakal isteri di khalayak ramai…hahaha

Berbalik kepada cerita tadi, masa kenduri nilah kita akan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Aku pamerkan hal ini dengan gambar-gambar sahajalah. Malas nak bercerita panjang.

20130608_141736

f20130608_145127

20130608_145442

20130608_144918

20130608_145431

20130608_150100_1

Sudah alang-alang berkumpul baramai-ramai, why not kita buat some activiti bersama-sama. Lagipun bukan selalu berjumpa. Maka setelah mendapat persetujuan semua walaupun ada yang paksa rela maka kami semua move on ke………………………

“Negeri Melaka”

image

Kami semua bertolak ke Melaka sekadar untuk berjalan-jalan. Tapi malangnya bila sampai je ke bandar melaka, masing-masing tak tentu haluan. Dengan ada yang sesatnyelah, tak jumpa parking la dan bla bla bla. Tapi aku dan driver berjaya melaksanakan task yang telah diberikan untuk ke tempat yang ingin dituju.

Korang boleh tengok gambar dibawah….

20130608_18354620130608_183834

Sempatlah “geng2” yang sekereta bersama aku jalan-jalan sebentar di Bandar Hilir. Dapat tengok banggunan-banggunan bersejarah pasal ada dikalangan kami yang 1st time sampai dan jalan-jalan disini. Asyik2 tengok tinggalan kota A-Famosa dalam buku sejarah je, sekarang dah dapat tegok live. Hahahaha. Selain itu dapat juga tengok Iron Man kat sini…betul….kalau tak percaya cubalah ke Bandar Hilir.

Memandangkan ke semua 4 bijik kereta sudah berpecah, maka mereka just decide untuk ke tempat utama yang ingin dituju iaitu….

image

Yeah….disini kami menikmati Ikan Bakar di Umbai. Nama Restoran yang kami pergi ini seperti didalam gambar diatas isitu Ikan Bakar Parameswara. Ini juga merupakan kali pertama aku sampai disini. Seperti biasalah untuk menu kami banyak serahkan kepada golongan wanita untuk memilih. Aku pula lebih kepada menunggu dimeja makan untuk memulakan sesi menyantap.

20130608_204421

20130608_205002

20130608_205014

20130608_205116

20130608_21232220130608_212559

20130608_213134

20130608_213140

20130608_213159

Memang kenyang makan di sini. Harganya pun berpatutan aku rasa. Tidak semahal yang aku sangkakan untuk makans seramai 16 orang. Sebelum ini aku pernah makan di kedai ikan bakar di Bagan Lalang dengan officemate, tapi harga disini 50% lebih murah kalu dikira ikut setiap kepala.

Selepas habis sesi makan-makan, kami semua bertolak untuk pulang ke kediaman. Dan aku pula terpaksa lah driver singgah masuk ke Senawang untuk hantar aku terlebih dahulu. Hahaha. Nasiblah…..

Setakat ini sahaja cerita untuk aku kongsikan mengenai aktiviti kami bersama semalam 8 Jun 2013. Semoga jumpa lagi dientry akan datang.

Salam wbt.

p/s: Korang jangan nak vroom vroom sangatlah…hahahaha

Saturday, 8 June 2013

Imbuhan Untuk Diri Sendiri

Assalammualaikum wbt…

Sebelum aku bercerita panjang lebar, nak mintak korang semua try berfikir sejenak apakah kebiasaan yang korang berikan imbuhan pada diri sendiri tidak kiralah dalam pelbagai aspek skalipun. Contohnya, selepas bekerja ataupun melaksanakan sesuatu task yang memerlukan kita berusaha lebih…Ok..kalau dah fikir, korang simpanje dalam kepala tapi kalau rase2 memori dalam kepala dah nak penuh, silalah transfer diruang comment dibawah.

Oklah, ini cerita aku. Ape imbuhan yang aku berikan kepada diri ini selepas melalui jerit perit bekerja seharian.(*macamlah perit sangat).Serius….kadang2 aku menjerit dalam hati je..hahaha. Kadang-kadang Ok je kerja di SDIEM tu, tapi kadang2 kalau datang stress die, xpayah cakap…. Aku amek cuti je kalau stress sngat hari sebelum..Ok.. aku tak nak meroyan pasal stress di tempat kerja, tapi just nak cerita apa yang aku biasa buat untuk diri ini.

Lima hari seminggu bekerja, dari isnin sampai jumaat. Tapi kebiasaannya sabtu atau ahad mesti “kene” masuk. Tapi yang penting akan ada satu hari aku kene cuti. So ceritanya, pada hari-hari cuti inilah aku memberi imbuhan kepada diri ini untuk release tension…Apa yang aku buat???

*************************************************

1. MAKAN…

  • Aku akan pergi makan ape-ape sahaja yang terlintas di fikiran. Aku akan cuba dapatkan seboleh yang mungkin. Tak kiralah nasi arab ke, nasi ayam penyet, coolblog *eh makanan ke ni??, iceroom mahupun makanan fast food…
  • Kalau harga mahal pon aku bedal je..alah, apa salahnye kalau sesekali tuk menggembirakan diri.

imageimageimageimageimageimage

imageimage

imageimage

20130526_200508

*ape macam gambar last???boleh jadi calon menantu??lalalala 

2. MENGHIBURKAN DIRI

Biasanya activity untuk hiburan yang kadang-kadang aku buat untuk menggembirakan diri ni seperti:

  • Berkaraoke (Walaupun tahu suara tak berapa nak sedap)

image

*Tengah meninjau2 website Astro..dengarnye AF nak diadakan semula…PUIIIIII!!!!!!

3. MEMBELI BELAH (Apa je yang terlintas dalam kepala)

imageimage

imageimage

*Gambar kedua nak tunjuk topi baru… Dan sekarang tengah bercita-cita nak beli vroom, vroommmm…

Oklah… Ini je yang dapat aku kongsikan.. Sebenarnya aku rasa tajuk yang sesuai untuk entry ini ialah cara-cara nak perabiskan duet dengan gembiranya. Hahaha.

ok chow…

Salam wbt….

p/s: Now looking for new target 4 my life… To find someone at somewhere..or something….vroommmm…vrooommmm. ThePowerOfDreams.

Saturday, 6 April 2013

Release Tension Di KL...

Assalammualaikum wbt...

Sekali lagi dngan menggunakan smart phone aku mengupdate hikayat nawza ini... Sambil makan burger, smbil update...hehehhee.

Hari ni sepatutnya aku masuk ofice, tpi disebabkan ada tentatif lain yg lebih menarik, aku post ponekan buat kerja di office 2 ke hari esok..hahahaha...Hah, ape tentatif yang menarik tu???Korang nak tahu?

Tentatifnye, aku hari ni merayap sampai ke KL dri seremban. Setelah sekian lama, aku naek juga KTM Kommuter...Terase nostalgia zaman2 belajar dulu kalau g KL naek train. hahaha..

Hurmmmmm.....ape nak citer lagi eh???k2, nanti2 la eh..aku nk perabis kan makanan ni dahulu...jumpa di entry akan datang ye...

Salam wbt...

Friday, 5 April 2013

Untuk Yang Pertamanya

Assalammualaiku wbt...

yess...den bejayo gak menghupdate entry buat 1st timenye untuk tahun 2013...Korang mosti ramai yg tertunggu-tunggu entry tobaru dri den hah...Kalau xtetunggu pon korg buat2 je mcm excited...
Dan specialnye entry kali ini, aku mengarang di dalam gelap malam sambil menunggu mata terlelap dengan menggunakan Galaxy S3 aku ini setelah mendownload app untuk berblogger...
Warhhhh.. nmpaknye lepas ni mungkin bertambah rajinlah aku menghupdate terutamanye dikala kebosanan maso dok kejo kt kilang 2..yup....keje yg bosan n tension selalu aku hadapi..tapi apekan daya, mang itu lumrah hidup yg harus dilalui org yg bwkerja kilang ni..

Oklah..aku akhiri di sini untuk entry lewat malam...

Salam wbt....

p/s: mood testing app baru...

Sunday, 9 December 2012

Berehat Sebentar Bersama HN…

Assalammualaikum wbt….

Tamat sudah perlawanan  Semifinal AFF pertama  Malaysia menentang Thailand dengan keputusan seri  1-1. Semoga pasukan Harimau Malaya berjaya dalam perlawanan timbal balik di bumi gajah putih … Bukan pulau batu putih yer…

image

Oklah…Entry kali ni bukanlah berkisar pasal bola…Tapi pasal aku nak mencari pasal dengan korang semua melalui entry yang tiada arah dan tujuan. Walaupun boleh dikatakan sebegitu rupa, tapi sebenarnya masih ada sikit isi sebijik dua.

Oklah, kisahnya bermula dibawah ni….

image

Setiap pemilik google account o gmail mesti boleh dikatakan secara automatik akan ber”link”an dngn Youtube, dan aku dapat email dru utube untuk Monetize kan account aku tu… Tapi ape tu “MONETIZATION”, disebabkan English Education aku Low cerrrrlassss, aku xpaham pon bende ni…Tapi mesti sesuatu yang memberi keuntungan aku rasa.

image

Hah…zaman dah maju, guna Google Translate sahaja kalau tak faham… HAh…kan betul agakkan aku pasal bende ni mesti sesuatu keuntungan untuk aku.. So aku just activekan sahaja bende alah monetization ittewwwww….

Rupanya ada 1 Video aku upload dulu tiba-tiba sahaja lately ni ramai yang tengok.. accehhhhhhhhhhh, nak kene buat Vblog ke lepas ni? hurmmmm… Kalau reti maen guitar, boleh lah feeling2 DIVA beracuostica lagu YUNA..OMG….jgn nk berangan ohGayyyyyyyy!!!! Nak tau video apa yang aku ckap ni? korang boleh tengok kat bawah ni…

MAHA 2010 Serdang Malaysia

hah…Huntunglahhhh Makcik ni famous dah sekarang…hahahhaa.. Korang tengoklah dan Like2 kan skali Video tu ni ohKayyyyy….

Oklah… Kalau korang nak tengok video-video yang lain, bolehlah elawat tu my Channel…gittewwwww!!! badjet Retis… jangan lupa singgah…

Nawza89's channel

….

Jumpa di entry akan datang….

Salam wbt….

p/s: aku rasa semangat Harimau Malaya yang membuatkan aku tiba-tiba rajin nak menghupdate Hikayat ni.

Sunday, 16 September 2012

Ohhh….Emak, Saya Mahu Kawen…

Assalammualaikum wbt…

Memandangkan dah beberapa hari aku tak mengupdate blog, so pengunjung kat blog aku kali ni merudum…arhhhhhh…tidak!!!!!Korang semua adalah duet bagi aku….kene datang gak walaupon aku tak update ape2..sekurang-kurangnya 25 kali sehari!!!! eh…merapu dah aku ni…ok2..korang datang la bila-bila korang suka…aku tak memaksa…hehehehe..

So, disebabkan aku dah kehilangan pengunjung buat beberapa hari ini, so aku nk trolll korang semua dengan tajuk entry yang KEBABOOMmMMMMMmm sikit….baru korang semua nak menjenguk…eh..eh….korang nak pergi mana tu???bagilah baca bagi habis dulu…aku tipu sikit pon korang nak mengajuk…sabarlah sikit. Baca dulu story sedih aku ni dulu….hehehehehe

JAdi sebenarnya aku nak cerita pasal perkahwinan…Pendapat korang semua pada umur berapa rasanya untuk seseorang itu berkawin? atau ia bergantung kepada keuwangan yang mencukupi atau alasan retis-retis gitu tunggu datang seru?Bagi aku pula, aku pun tak tahu pasal calon pon tak hadooo lagi ni, tapi kalau-kalau korang ada kenalan yang bersesuaian dengan aku bolehlah kenal-kenalkan. Tak pun kalau diri sendiri pon boleh juga.. Kita chating2 dulu, whatsapp2 juga dan ym2 skali…ehhh!!

Citer dia camni lah…Bulan ni sahaja, ada dua kenduri kawen member yang aku hadiri. Itu yang aku hadiri, belum yang aku tak pergi. Belambak…..HAhahaha..Dah jodoh diorang, so semoga berkekalan ke akhir hayat kepada semua kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga tu…So perasaan bila datang ke kenduri kawan-kawan tu kadang-kadang akan menyebabkan perasaan kita ni tertanya-tanya bila lah pula giliran kita ni??Dengan calon yang tak ada lagi ni…OHMyyyyyyyy….kusut kepala bila pikir benda-benda macam ni.

IMG_20120901_131917

Kat atas ni time aku datang kat majlis Mira…member aku masa sekolah kat jelai dulu..

IMG_20120909_132048

Ni pula time aku hadiri majlis salah seorang member baik aku, JAmil…

Jadi bila datang kenduri kawan-kawan ni, selain kita meraikan kawan yang menjadi raja untuk satu hari ini, time ni juga kita berpeluang jumpa dengan kawan-kawan yang lain. HAh…dah macam reunion dah raso eh…maso tu lah bersok sek sok sek….. “eh, ado lg kau ni?, keje mane skang?, eh dah cerai dah??~~bila arwah bdak tu?? hah!! bapak kau kawen lagi????tetttttttttttttttt” hahaha..lebih kurang macam tulah borak eh…hahahaha. semua tu rekaan semato-mato…hahahaha

20120909_134646

20120909_134931

oklah..setakat ni je entry kali ni… conclusionnya sementara kita masih bujang ni “JOM KITA ENJOY!!!!, sambil buat gaya gedik Nora Danish masa masih Virgin….

Salam wbt…

p/s: Kadang-kadang terpikir nak cari kerja lain….

Wednesday, 12 September 2012

OK Jer Dengan ZALORA!!!

Assalammualaikum wbt….

Sebelum aku mulakan hikayat untuk kali ini, aku rasa bagi sesiapa yang belum lagi membaca entry mengenai ZALORA sebelum ini, haruslah baca dulu entry tersebut kerana boleh dikatakan entry ini adalah kesinambungan entry sebelum ini… Nak tau entry yang mana, korang klik je link aku sediakan dibawah ni.

<Terjebak Dengan ZALORA>

Bagi yang sudah baca, bolehlah meneruskan membaca entry ini.Mengenai barang yang aku order di ZALORA pada weekend yang lepas sudah tahu nasibnya. PAda mulanya memang aku berserah je sama ada dapat atau tidak barang aku tu. Berdasarkan pembacaan aku di beberapa blog yang bercerita mengenai ZALORA memberi aku pelbagai tanggapan. Ada yang dapat barang, tapi menunggu lama. Ada yang dapat barang on-time dan ada barang yang diterima katanya tidak seperti yang di order.

Sebab musabab aku mencuba nasib di ZALORA ni aku rasa tak perlu diceritakan lagi, pasal aku dah bagi tahu di entry terdahulu. Jadi aku tiada lah letakkan harapan yang tinggi untuk barang aku tu sampai on-time iaitu 3 hari bekerja memandangkan ramai yang kata parcel masing-masing selalu sampai lewat. Tetapi tidak disangka, kasut yang aku beli tu sampai lebih awal iaitu pada hari selasa. Mungkin rezeki aku kot ZALORA tak buat hal…dan rasanya tak perlu aku bercerita panjang pasal aku rasa korang mungkin nak tengok gambar-gambar sahaja kan…

20120909_142955

Ini merupakan luaran parcel yang dihantar..Menggunakan GDEX sebagai currier penghantaran.

20120909_143028

tarraaaaaaaaaaaaaaaa…..eh…berapa banyak kotak lah?????

…………………………………………

20120909_143108

hah..ni baru betul…..hah..samakan dengan gambar pada entry lepas? bolehlah….

20120909_143945

Gambaran lebih dekat….oklah, kasut murah jer…

20120909_143644

Dan setelah dicuba….memang suit dengan kaki aku…dah boleh pakai buat pergi kerja…

hah….nilah kasut yang aku beli secara online di ZALORA. Memang terbukti yang ZALORA menepati janji dengan penghantaran yang sempurna dan pada masa yang ditetapkan. barulah kena dengan tema hari kemerdekaan negara, “JANJI DITEPATI”….tettttttttt!!!!!

Setakat ni entry untuk kali ini…. korang doakan entry akan datang aku berjaya mendapatkan idea untuk buat contest…

Salam wbt…

p/s: kalau boleh perbanyakkanlah diskaun dekat barang-barang yang lain. Ini 50% diskaun untuk barang merapu jer…

 

Sunday, 9 September 2012

Setelah 4 Bulan Tak Bertebas...

Assalammualaikum wbt...

Entry yang simple kali ni, just hanya nak tunjuk rambut baru jer...Betul, dah hampir 4 bulan rasanya tak bertebas rambut kat kepala ni. Pergi interview hari tu pon main sebat je dengan rambut panjang. Dulu masa belajar, bukan main dapat tips2 masa finishing skul, kalau pergi interview rambut kene pendek, itu kene kemas, ini kene kemas n bla bla bla.....Sampai raya dengan member hari tu pon member aku siap tanya, ko bleh keja plak dngan rambut panjang ni????hehehehe.. Tu namanya rezeki...

Bukan aku sengaja tak nak potong, tapi memang tak ada masalah nak pergi gunting. Kalau aku ni, kalau dah pergi satu kedai, kedai tu je aku pergi gunting pasal senang nanti, orang kedai tu dah paham bila kita kata gunting biasa. SO 1 masalahnya, kalau aku balik kg, kedai ni kadang2 tak bukak dan contohnya  hari ni brader ni bukak malam je, lepas tu boleh tahan ramai pelanggan tadi...Boleh kata sejam lebih gak aku menunggu, tapi sabr jelah...kalau rak sebar entah bila lah aku nak tebas lalang atas kepala ni...dah rasa berat je bila berjalan....

Oklah, tak nak citer panjang kat entry ni, pasal jap lagi nak cerita pasal ZALORA yang aku penah cerita pada entry terdahulu.... korang tengok rambut je..jgan comment pasal muka...pasal ni entry pasal rambut okehhhhh...

20120908_220315

(Gambar Sebelum)

20120909_000219

(Gambar selepas)

Ok..jumpa entry lain nanti yer...

Salam wbt...

p/s: tadi tengok kat depan mata sendiri sorang isteri ni rampas handphone masa suami dia ngah sebok beborak ngan pompuan len kat tepi rumah die...hahaha..aku ngat sapolah tdi berada ni beborak dlm tepon...sian aku tngok bini dia, siap jerit "jangan ganggu Laki aku lagi"

Friday, 7 September 2012

Orang Korea Bace blog aku…

Assalammualaikum wbt….

Sebenarnya aku tak ada point pon nak huraikan tajuk diatas… Dan mungkin ini merupakan entry yang paling pendek aku buat. Serius weh ado org korea bace entry ni…x caye tngok gambar kat bawah ni…

image

HAhaha…Saje je buat gempak, padahal xde ape sangat pon. Tapi korang percaya tak yang aku tahu sapa yang tengok tu…pasal dia bukak melalui FB link aku tu. So orang yang bukak hikayat ni aku dah boleh agak sape…sekarang dah jadi warga Seoul dah…Bangge jadi kawan korang..hehehehe

OKlah….chow…

Salam wbt….

p/s: korg kat sana sedut betul-betul ilmu polimer tu, terutama winding proses…serius keje teruk giler part tu weh…kalau dah pandai, bleh jalankan polimer yg tak terjalan lg 2…

 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons